Friday, July 15, 2011

ikhlas

aku hamba yang kerdil,,,
harapan ku melambung tinggi,,
ku titip harapanku padaNYA,,,
tapi usaha ku untuk merapatkan diri kepadaNYA sangatlah sedikit,,,
layakkah aku mahu mempertikaikan nasib diriku,,
sedangkan aku langsung tidak berusaha??

aku hamba yang angkuh,,,
banyak dosa telah ku lakukan,,
ke mana hilang rasa takutku kepada PENCIPTA ku semasa aku melakukan dosa tersebut?
sesungguhnya aku ingin berubah,,
tapi aku takut mahu berubah,,
kenapa perlu aku takut untuk melakukan sesuatu yang baik??

aku hamba yang kerdil,,,
kadangkala aku tertanya, kenapa aku masih tak berubah,,
kenapa hanya bermain dalam fikiran?
lakukanlah perubahan,,
realisasikan apa yang bermain dalam fikiran itu,,
berfikir semata tak cukup,,,

aku hamba yang angkuh,,,
ku dambakan cintaMU YA ALLAH,,
tapi sekarang aku mengejar cinta hamba mu,,
kenapa perlu aku mengejar cinta yang mungkin takkan kekal,,
sedangkan dengan cintaMU aku pasti beroleh kekuatan untuk meneruskan hidup ini,,
aku angkuh dengan cinta yang tak seberapa,,

aku hambamu yang kerdil,,,
kadang2 aku alpa, aku leka,,,
kadang2 aku sedar, aku takut,,
mampukah aku untuk terus sedar?
mampukah aku untuk tak kembali kepada kelekaan??
kuatkan hati aku YA ALLAH,,,

aku hambamu yang angkuh,,,
aku sedar, aku punya segalanya yang aku perlu,,
aku punya keluarga, rakan2,,,
tapi masih hati ini tidak puas,,
masih mengejar keduniaan,,,
aku lupa akhirat sana menunggu,,

aku hambamu yang kerdil,,,
aku perlu keikhlasan,,
di mana mungkin ku cari ikhlas itu??
mungkin aku perlu jujur dengan diri ku sendiri dahulu,,
mungkin selepas itu, ikhlas itu akan wujud di hati ini,,

aku hambamu yang angkuh,,,
sekarang ku sedar aku terlampau angkuh dengan MU,,
ampunkan dosa ku wahai PENCIPTA ku,,
tetapkanlah hati ini,,
tetapkan hati ini untuk mengejar syurgaMU,
bukan semata-mata mahu mengelak nerakaMU,,,




nukilan hati yang lara,,
thanks to farhah's entry,,,

No comments: