Monday, October 31, 2011

mixed~

assalamua'laikum,,

nak update pasal nishikisai hari tu, tapi malas lah,,
macam tak reti nak cerita,,

just nak bagitaw yang orang mabuk memang menakutkan,,
so, say no to arak okayh~

when being ask 'why did u not drink?'
its nice to hear an answer like this 'because my friend do not drink' from a non-muslim friend,,

baik nya dia, sebab kitorang tak minum, dia pun tak nak minum,,
at least ada orang yang waras nak dibuat borak~=)

habis cerita pasal arak~~

*******

jumpa orang satu kepala memang best,,,,boleh borak kencang~
tapi, ada certain benda yang tak best akan jadi,,
bila both person ada perangai tak reti nak luahkan perasaan masing2,,,
sampai bila2 that another person wont know apa yang sorang lagi rasa and sebaliknya,,,


*******

before ni dah lupa dah sal ni, tapi tiba2 datang balik sakit hati ni,,

tahu tak perasaan bila orang pinjam something dari kita and then dia kata jap lagi dia akan pulangkan tapi sampai berbulan-bulan tak pulang balik and then tak contact langsung ngan kita~

macam tu lah aku rasa,,,

ada sorang ni, aku tak tahu nak panggil kawan ke bukan, sebab kalau kawan dia takkan buat cam ni kat aku,,

hari tu ye ada pinjam something dari aku, n then bila tang datang hari dia cakap nak pulangkan tu, tak terpulang-pulang pun,, tapi dia langsung tak gtaw aku yang dia tak boleh nak pulangkan hari tu,, buat senyap je,,
okaylah fine, aku sabar jap,,,
n then bila facebook dia tak berupdate, msg langsung tak hantar, kontek pun tidak, macam dia saja nak lari dari aku,,,
one day dia update fb tapi langsung tak kontek aku,,
tu yang aku marah tu,,
kot ye pun beradab la sikit,,,
aku kenal kau lama dah kot,,,
tak reti nak jaga hati orang ke???
geram taw,,,
bukan aku nak berkira sangat pasal barang dia tak pulangkan tu,,
sakit hati jugak lah, tapi lagi sakit hati bila dia langsung tak cakap apa2 kat aku..
geram sangat~

******

selesai post pelbagai perasaan~

wassalam(^_^)V

Thursday, October 27, 2011

いよいよ錦際(学園祭?)だよ!!

assalamua'laikum,,

malam ni kena tidur awal sebab esok pagi2 pukul 8 lagi dah kena ada kat uni,,
untuk preparation nishikisai~~

sedikit nervous~
haha

sebab aku tak pnah join event yang memerlukan aku direct cakap ngan orang,,
lagi2, awal2 dorang dah decide aku yang kena ckap dengan customer,,

haih~~(-_-")
mampu ke aku??

minta2 semua berjalan dengan lancar,,

sashiburi~~
また会う機会できたらしい~

ganbatte minna~~,

wassalam(^_^)V

Wednesday, October 26, 2011

SELF DISTRACTION vs SELF DESTRUCTION

aku like gila sama tajuk post ni,,,

hari tu post tajuk je,,
hari ni rasa nak ulas sikit lak,,

SELF DISTRACTION vs SELF DESTRUCTION

tukar 2 huruf je dah jadi maksud lain gile,,

tapi both tak betul,,

------>SELF DISTRACTION
kau rasa sampai bila kau boleh nak distract diri kau daripada something??
seminggu?? sebulan?? setahun??
kalau aku setahun tu takkan sampai la,,

berapa lama je kau boleh lari dari sesuatu masalah?
tak lama pun,,,
paling kurang seminggu sekali kau akan terfikir pasal masalah tu,,,
bila kau relax kan otak kau kejap,
zapp! masalah tu akan datang,,
sebab before tu kau suppress kan masalah tu kat mana2 ceruk dalam otak kau,,
macam banduan yang kena kurung dalam penjara bawah tanah,,
sesekali bila dapat keluar ke permukaan, excited terlebih lah,,
sama ngan masalah tu,,
kau pendam dia lama2 dalam otak tu tak setel, tak kemana pun,,
pi mai pi mai tang tu~


------>SELF DESTRUCTION
kau rasa berbaloi ke kau nak musnahkan hidup kau sebab satu2 masalah??
nak lepas geram?? nak lepas marah??
tak berbaloi kau nak cederakan diri kau,,
kau cedera tapi masalah kau tak hilang pun,,
macam dah jatuh kena timpa tangga pulak,,
berganda-ganda bala kau kena,,

tak ke buat naya kat diri kau sendiri je tu,,
end up, nothing yang negative akan selesaikan sesuatu masalah,,



------>ME
kenapa aku boleh terfikir that phrase is because i do both,,
aku lebih prefer self destruction,,,
and my favourite thing to do kalau aku betol2 geram or betol2 marah, is punching wall or something yang keras la,,
tapi setakat ni tak pernah bleeding lah,,,
maybe aku tak cukup marah kot,,,
eh2, pernah bleeding tapi bukan sebab punch tu, sebab terkena bucu kayu after that,,,

tu before ni,
sekarang aku tukar kepada self distraction,,
but, memang tak kena lah,,
aku fail nak distract diri aku daripada masalah,,,
so,,
my approach memang tak kena lah pendek kata,,,

end up aku still fikir sal masalah tu,,,
kejap je aku dapat distract diri aku,,
haha~

tapi, bila ak tumbuk something macam dinding, rasa lega sikit kot,,
the after effect la yang tak menyenangkan,,
the bruise, the pain,,

sometimes physical pain can make u not think about the wound that u have inside~
kadang2 aku fikir macam tu, sebab tu aku buat apa yang aku buat,,

yosh!!
i hope no more pain for my knuckles~~

p/s: aku tak akan sepahkan barang bila aku marah/geram/stres sebab nanti aku stres nak kemas balik apa yang aku sepahkan~~

secret

dont trust anybody with any secret that u wont want everybody to found out~

that's my principle..

so, the biggest secret about me, just me myself yang tahu,,

maybe my family too..

but i wont make any mistakes by telling it to someone yang aku tak tahu bila dia akan tikam aku dari belakang~

for now maybe there is someone yang kau boleh percaya but u wont know until when kau boleh percaya dia..

so, trust yourself more than you trust others..

so that, later you wont regret anything that u had said..

just once i had no other choice other than telling 1 of my friend about a secret..
betul2 takde pilihan lain sebab aku perlukan bantuan masa tu..
aku harap dia dah lupa pasal tu.. dekat 5 tahun kot,, harap2 dah lupa..
beside she's truly someone that u can believe at, so, i had no regret about it..

selain tu, rahsia2 lain yg aku taknak orang lain tahu, semua aku simpan sorang2 dan aku takkan bagitau sape2,,

also dont trust your friends with a secret because they will feel burdened about that,,
burdened as if in u-want-to-tell-but-u-cant-tell situation..

yela, something huge+mulut manusia..
gosip tu memang hebat la jadinya,,
tapi bila kau tak boleh bergosip, rasa cam cacing kepanasan,,,
maybe macam reporter yang dapat berita sensasi tapi tak dapat tulis dalam newspaper..

besar tanggungjawab seseorang yang kau amanahkan sesuatu rahsia kat dia..
kesian dia kalau tak dapat pikul amanah yang diberi..

so, berpada-pada bila nak beritahu something dekat someone..
at least just tell secrets that u will be able to forgive them if they tell others..
sebab dosa sesama manusia tu lagi berat nak nak tanggung..

dengan Allah kau boleh minta ampun terus,, and Allah tu maha pengampun, maha penyayang,,

tapi manusia, selagi dia tak maafkan kau, dosa kau dengan dia tak habis..

sanggup??

beware with your words,,
and jangan buat seseorang rasa terbeban dengan kata2 kau, perbuatan kau,,


ayat berbelit, but to those yang pernah mengalami they will understand the meaning of those words above,,

jamuan menjamu jamu-jamu~

assalamua'laikum,,

lately, i mean sehari dua ni, takde mood langsung takde mood nak menulis kat blog ni,,
takde feeling, takde idea,,
otak kering, hati kering,,

kelmarin, kami2 di TDU kanda kampus ada buat makan2 sikit,,

actually, ad 2,3 orang budak jepun ni beria nak datang rumah makan masakan malaysia, dipendekkan cerita macam tu la,,
panjang cerita yang macam mana boleh timbul idea ni, tapi takpelah,,

so, after jikken ari tu, balik2 rumah, sedia barang2 nak masak la ni,,
orang suruh datang lambat sikit, beria nak datang awal budak2 tu, katanya nak tolong,,
takpelah,, bagi lah dorang datang awal,,

sebenarnya 4 orang budak jepun yang nak datang, and then, budak shibaura pon datang sekali 2 orang and the day makan2 tu, tiba2 kawan aku bagtau yang senpai pun nak datang,,genaplah 10 orang termasuk kami bertiga,,,
penuh rumah aku yang sempit ni,,

menu hari tu cam banyak kalau senaraikan,,
1)nasi putih
2)ayam masak merah
3)telur dadar special
4)sup sayur
5)pisang goreng
6)dadih
7)kek batik
8)papadom
9)air bandung

ambik ko 9 benda sekali harung,,
gomen lah ye kamu2 budak jepun sekalian sebab dinner lewat hari tu,,
pukul 9 baru siap masak semua,,
mana tak nya, aku nak masak ayam, tiba2 enterframe ngan pisang goreng,,
tapi tak pe lah,,asal semua orang seronok,,

hari tu bising sangat siap kena tegur ngan pakcik mana entah,,
first time dengar kat rumah aku ni,,
maybe sebab kawasan rumah ni senyap gile kot,,
cuak kejap bila dengar suara pakcik tu,,

1030 lebih2 dorang gerak balik,,
sebab yang paling jauh rumah kat kanagawa ken, so, kena balik awal sebab tren dekat rumah aku ni last train nya awal,,

setakat di survey hari ni, alhamdulillah takde yang sakit perut..
takde yang keracunan makanan...

still takde mood nak menulis,,

wassalam

p/s:sorry sebab tulisan tak berperasaan~

Sunday, October 23, 2011

bilakah yang separuh lagi akan datang? i'm waiting for you, so kalau boleh datanglah cepat,,

the great deal~

assalamua'laikum,,

2 hari aku dapat bertahan,,
mungkinkah hari ke-3, ke-4 dan seterusnya akan menjelma?

wish i can be that strong,,,


dalam mode mengawal perbelanjaan yang berlebihan~

wassalam(^_^)V

Friday, October 21, 2011

rasa itu~

assalamua'laikum,,

lumrah hati aku mungkin,
kalau tengok something yang dasyat macam baby kena dera, budak masuk hospital balut sana-sini, orang yang kena pukul teruk2, rasa ngeri, rasa sedih, tersayat hati ni,,

air mata ni mudah sangat jatuh kalau tengok benda2 cam tu..
nak2 lagi kalau video,,
picture boleh la tahan sikit..

tengok adik aku kena marah ngan ayah aku pon laju je air mata ni jatuh..
sedih k?
nak kata sedih tak jugak,
tapi ada satu rasa yang terbit dalam hati ni, rasa cam sakit je dada bila dengar or tengok benda2 cam tu..

tak tahu nak wondering kenapa hati aku macam tu or nak wondering kenapa perkara2 tu berlaku...

kenapa orang kejam sangat kadang2.. tak berperikemanusiaan, takde hati perut..

manusia sekarang memang makin lama makin hilang sifat manusia ke??

mana perginya akal yang dikurnia Allah tu?

maybe, dengan merasa perasaan tu, aku ni masih lagi berperikemanusiaan kot..
aku harap rasa tu tak hilang dek selalu sangat tengok benda2 yang kejam..

mungkin ada hikmah nya hati aku ni mudah sangat tersentuh dengan benda2 macam tu..


wassalam(^_^)V

Thursday, October 20, 2011

acoustic report?!

assalamua'laikum,,

finished my report by 10.30pm
awal, tapi aku tak berapa puas hati dengan report tu,,
tapi idea takde, so, takleh nak ubah mane2,,

tapi, alhamdulillah, dah siap..
unless i got any idea later tonight, i wont change it forever lah,,

first report,
hope sensei tak komen banyak lah,,

biarpun isi repot tu bukanlah idea aku fully(idea aku just maybe 20% je kot)
thanks a lot to you who help me okay=)

wassalam(^_^)V

new life~

assalamua'laikum,,

tonight emosi nampak macam stabil,,
tak macam semalam punya crazy feeling,,

maybe betul kot
once in a while i need to talk to my mom
eventhough we didint talk that much,

maybe it's true that i need to hear my family voice once a while
so that aku tak meroyan sorang2,,
family is my cure, my medicine,,

walaupun, aku ni takde lah cakap banyak pon dengan keluarga aku,
especially my mom and very especially my dad,,,

wohh,, lama kot aku tak cakap ngan ayah aku,,
the last conversation is
me: mak ade?
my dad: mak takde.
me: k la,

klik, fon diletak,,

that is 2,3 months back,,

that is so true,,,,
i dont talk much with my dad,,,
rasanya kalau kat rumah perbualan harian ialah

case1
me: ayah, ada orang tepon

case2
me: ayah, ada orang cari kat luar.

case3( kalau hari nak hujan)
ayah: angkat kain kat luar tu, nak hujan ni,
me: ........( pg agkat kain di jemuran)

etc....


itulah perbualanku dan ayahku seharian,,
dan aku rasa pernah je kot dalam sehari aku langsung tak cakap ngan ayah aku,,

teruknya ada anak cam ni,,

tapi nk buat camne,,
my dad is sooooo serious,,
and all of his children takut wohh sama ayah,,

but, he also got the funny2 side,,
kadang2 he can makes jokes too..

tapi aku punya perasaan dalam jiwa ni macam awkward2 gitu nak borak,,

as i said before, i'm bad at communicate with others, including my family,,

trying to get rid of the awkwardness starting with my sis..

ganbare myself!!

wassalam
peace(^_^)V

Monday, October 17, 2011

symptoms

assalamua'laikum,,

dah 2,3 hari badan ni tak sihat sangat,,
today, went to class with suara yang sengau, coughing, sneezing,,,
n back home after eating,,

i dont know why but tubuh aku menggeletar macam orang yang lapar,,
tak sejuk or lapar pun tapi,,

apa simptomkah ini??

not yet demam,,
just selesema, batuk, sedikit sakit kepala,

mintak2 sihat balik dalam masa terdekat ni,,
amiinn,,,=)

for now, taknak call rumah lagi takut my mom risau if she knows that i'm sick,,

tunggu at least suara sembuh dulu before calling home,,

hope my family in a good condition,,
pray for no one to be sick,,
amiinn,,


wassalam~
(^_^)V

weird thing

assalamua'laikum,,

last night my friend slept at my house,,
and early in the morning she left my house..

but when i wake up later, i found that my door is locked,,

tapi pintu tu suppose tu tak boleh di kunci dari luar,,
so, in the afternoon when i see my friend i ask her how did she locked up my door,,
but, she said that she didnt locked it up,,
she just left it unlocked as usual..

so, bermain-main di kepala la how did the door is being locked..

here some of my conclusion?!

1)i sleepwalking and lock the door
2)i wake up after she left but i lost the memory of waking up
3)there's someone get in my house from the window and lock it up(since i sleep that night without closing the window)
4)Allah sent some malaikat to lock it up
5)paranormal activity

since i didnt lost anything precious, so, let it be lah,,
taknak pikir banyak2,,
next time i'll make sure she woke me up to lock the door by myself,,

wassalam~

please be healhty again~

assalamua'laikum,,

kesihatan jatuh merundum,,,
starting from coughing,,
lastly i got a headache, running nose,,

dah ada tanda2 nak demam ni,,
please be strong ye,,,
kepala, kau jangan nak start panas,,

nanti tubuh kau akan rasa lagi down,,

but, sakit2 cam ni pon,
alhamdulillah my appetite tak hilang,,
masih mampu untuk makan nasi dengan banyak,,
telan roti, buah segala bagai,,

yela, kalau nak sihat kena lah makan,,
glad that my appetite tak berkurang walaupun badan tak berapa sihat,

need a lot of rest and a lot of vitamin la,,
kalau tak tahan sangat baru aku telan panadol okay,,
for the time being,
minum air banyak2, makan buah banyak2,


p/s: setakat ni, aku hanya tahu 1 benda je yang boleh buat selera aku berkurang, biarpon sesedap mana makanan yang terhidang,,, in process of mengenali diri sendiri~

wassalam,,(^_^)V

Saturday, October 15, 2011

sleepless night?!

due to lack of sleep, my heart beats faster,,
my stomach feels weird,,
i felt tired but i dont think i can sleep in this condition,,
my eyes also feel like want to popped out,,
my arms feel stiffs,,


i guess i need a hot shower before sleep,,
that will be refreshing,,



just finish 10 episode of running man
and i guess i laugh pretty loud before,,
sorry neighbor,,

it's just so funny that i cant take it,,,,
LOL~~

past, present, future~

assalamua'laikum,,

sometimes aku terkejut dengan kata2 aku sendiri,,
bila baca balik post2 aku before ni,,
terfikir lak, camne aku boleh ada idea nak tulis benda sebrilliant tu,,
takbur jap,,
istighfar2,,, astaghfirullahal a'zim...
tak elok kau nak riak cam tu,,

kadang2 terfikir lak, apasal hampeh sangat apa yang aku fikir time tu,,
rasa cam down gile sampai rasa cam nak delete je post tu, tapi,,
sayang lah,, ada memori di sebalik post2 tu semua,,

and i hope sometime in the far future when i read it, i want to reminisce all the memories,,
tak kira lah memori pahit ke manis ke apa2 rasa lah,,

kadang2 when i read posts from 2,3 months back, i already need sometimes to think and to recollect what had happened at that time when i wrote them,,

i got a weak memory lah,,,
sometimes it's good and sometimes it's fatal,,

tadi baru je baca poems,,
lama rasa nye otak ni tak dihidang ngan poems yang membuat aku berfikir sejenak,,
and sangat lah rare untuk aku tertarik ngan poems,,
rasa macam dah lama otak aku tak berfungsi untuk menterjemah ayat2 puitis, untuk mencari isi2 tersirat poems,,,


it's nice once a while to do something yang memerlukan otak berfikir tapi interesting,,
since aku amatlah tak suka belajar,
so, i found that study need my brain to think but it's not interesting,,
so, once in a while when u get something interesting to think about, excited pulak,,

and once i got this one person to argue all my opinions,,
and i found that it makes my brain to function twice harder than usual,,
because i need to find a reason for my words before and at the same time i need to think of something that is flawless in that reason,,since selalunya that argument is spontaneous one, so need to think on the spot lah,,
and i found that i had so much fun arguing with that person,,

i dont like soalan yang mendadak but with that person i can argue spontaneously,,

i dont like giving out my opinion in public sebab aku tak boleh berfikir on the spot kalau dalam kelas or mana2 ceramah,,,
nervous terlebih kot kalau function2 macam tu,,,

missing the moments when we can argue even about the simplest thing,, even the misuse of a word can be the topic, sampailah ke struktur ayat yang sama tapi boleh membawa maksud yang berbeza...

ignore je rapuan2 kat atas,,,

perlu improve communication skills lah,,
since i'm bad at explaining things to others,,
explaining is 1 thing, even nak borak2 kosong pon sucks kot,,

i know i bad at communicating with others,,
i know i need to do something,,
if not, many will be hurt by my words yang tak sampai maksud seperti yang aku betul2 maksudkan,,,

make your tomorrow's self better than today's....

wassalam(^_^)V

Friday, October 14, 2011

emotion

assalamua'laikum,,

once someone pernah cakap yang perempuan ada emosi yang lelaki takde,,
betul ke tak, i dont know la sebab aku tak pernah jadi lelaki,,

jadi perempuan penat ke?

sometimes bila kau fikir sangat pasal something, tu yang kau rasa penat,,

bukan nak suruh kau take things lightly, but dont overload youself with something that is not too important,,

when u have some problems, take it easy,,
calm yourself baru start fikir,,
rasa2 cam penat nak fikir, lari jap,, pastu datang balik,,

sometimes u need to lari from your probs for a while,,
sometimes u need to change your point of view,,
cuba fikir that probs from other side,,
cuba letak diri kau bukan pada tempat kau,,
cuba jadi orang lain kejap n then patah balik jadi diri kau semula,,

it's not a bad thing to change your view sekali sekala,,
at least u need to luaskan pandangan,,
dont sempit2kan fikiran tu dengan pelbagai masalah yang tak munasabah,,

relax a bit, free kan otak tu,,
pergi jalan2 cuci mata,
lepak2 ngan kawan2,,

jangan kau pergi dok sorang2,
dah la tertekan ngan masalah, dah tu dok sorang2, tak pasal2 ada orang sakit mental tiba2,,

chill out la,,
if your probs tak settle2 tak bermakna your life dah tamat kat situ,,
banyak chapter lagi in your life yang kau tak tahu lagi,,

go on je with your life eventhough your probs tak settle,,
sooner or later settle la tu,,
semua masalah ada solution dia,,

bukan kau sorang je ada masalah,,
hidup siapa takde masalahkan?
so, tak payah nak berat2kan otak fikir melebih-lebih,,
your probs takkan settle with that kind of thinking,,

kita hidup kat dunia ni sementara sahaja,,
hidup kat sana nanti tu yang kekal,,
so, apa kata kita prepare untuk hidup kat sana sementara kita masih kat dunia ni,,

once read it somewhere,,

kita bukan hidup kat dunia ni untuk dunia ni, tapi kita hidup kat dunia untuk dunia yang sana,,


once in a while take a deep breath and do some critical thinking,,
kenapa kita hidup kat dunia sekarang ni??
apa tujuan kita hidup sekarang sebab dunia ni tak kekal,,
yang kekal nya adalah dunia yang sana nanti,,

wassalam,,
(^_^)V

Thursday, October 13, 2011

autumn

assalamua'laikum,,

one thing that i like about autumn here is there are some plants that give out a nice smell,,

kadang2 bila lalu masa kayuh beskal, tetiba terbau harum,,

kadang2 bila jalan on the way ke train pon bau jugak,,

tp sampai sekarang tak jumpa lagi pokok mana yang keluarkan bau tu,,

and daun2 dah ada yang kaler coklat gitu,,

bunga pun dah keluar jenis lain,,

tiap2 musim bunga lain2, buah lain2,,

seronok pulak tunggu bunga apa akan keluar, buah apa yang banyak kat kedai,,

hope i can get through all of it,,

sekarang tekak mula rasa gatal2, tanda nak batuk,,

so, perlu minum air banyak before batuk datang,,

take care to myself~

peace(^_^)V
wassalam,,

missing

assalamua'laikum,,

tiba2 rindu nak tengok movie macam kat malaysia dulu,,
rindu nak keluar pergi sunway pyramid bila tiba hujung minggu,,
rindu nak jalan2 malam2 ambil angin,,
rindu nak makan kat kedai mamak pagi2,,
rindu nak jalan2 kat taman kat klcc,,
rindu nak tengok fountain,,
rindu bak lepak lama2,,


**mode missing old good times**

Wednesday, October 12, 2011

dear friend

assalamua'alaikum,,

first of all i want to say sorry,

because, right now i cant talk to you,,
it might be weird if i talk to you right now,,
so, give me time to manage myself,
give me some time to find the courage,

it's not like a dont want to talk to you,
but, i'm afraid that i cant control myself, my feeling,
i dont want things to get complicated like before,,

just wait a little until i am brave enough to face the hurt,

sorry if i hurt you with my attitude before,,

just know that, if i talk to you right now, you might be hurted more with my words,,

lastly,

thanks for being my friend,

Monday, October 10, 2011

eyeliner

last night i put on an eyeliner
and before sleep i just washed my face with pipe water,
and this morning i look at my eyes, and the eyeliner was gone,
like being remove with make up removal,,

kemana ia menghilang??

before ni, kalau aku cuba basuh sekalipun,
mesti akan tinggal kesan hitam, macam panda mata aku jadinye,,

ni aku tak berusaha nak basuh, hilang pulak,,

pelik~~

hati vs hati

'awak, awak tak rasa perlu bertanggungjawab ke atas semua benda yang awak pernah lakukan pada saya? bila2 masa awak nak sentuh saya, awak sentuh je'

"kenapa pulak saya kena bertanggungjawab? masa saya sentuh awak, awak tak halang pun, so, maknanya, suka sama suka la kan? bila dah jadi macam ni nak minta saya bertanggungjawab pula"

'tapi, saya pernah bagi warning dah kat awak kan? saya dah kata, jangan sentuh saya kalau awak sayang saya, tapi awak....'

"tapi saya apa? kita sama2 enjoy kan masa tu."

'sekarang saya dah hancur, awak tak rasa apa2 langsung ke? sampai hati awak...'

dialog antara 2 hati.. hati sang perempuan dan hati sang lelaki.

bila mana rasa cinta itu menjelma, sang lelaki akan cuba sedaya upaya untuk memikat sang perempuan,, bila hati sang perempuan itu berjaya disentuhnya, sang lelaki akan menatang hati sang perempuan itu bak menatang minyak yang penuh,, tapi bila sampai satu ketika di mana hati sang lelaki itu mula pudar rasa kasihnya terhadap sang perempuan tersebut, setegar itu sang lelaki sanggup menghancurkan hati sang perempuan tersebut.

bila rasa sayang itu ada, semua perkara jadi menghiburkan.
tapi, bila rasa sayang itu mula hilang, segala perkara jadi celaru.

buat sang lelaki di luar sana, kalau iman tak seteguh mana, janganlah diusik hati sang perempuan. sekali diusik rasa hati sang perempuan tersebut, doakanlah agar usikan itu kekal sepanjang hayat. kalau rasa hati sendiri belum pasti, maka janganlah kamu main2kan rasa hati orang lain. kerna kelak akan ada hati yang terluka.

Sunday, October 9, 2011

EMBASSY kali ketiga,,

assalamua'laikum,,

baru sahaja balik dari embassy,,
pergi dengar ucapan2, dan makan2..
tapi rasa penat gile,,
mata kering and sakit2,,
lenguh kaki padahal tak jalan jauh sangat pun,,
makan tak banyak pun tadi,,
beryani die tak kena ngan tekak,,
mi goreng die banyak taugeh,,
nan ye biasa2 je,,
kari dia pun biasa2 je,,
kuih dia tak sesedap yang biasa aku makan,,

tapi alhamdulillah la dapat makan free,,
banyak songeh lak komplen sana sini,,
nak sedap, masak la sendiri,,

tapi, seriously,,
phisically n mentally tired,,
taktahu la kenapa,,
rasa tak bermaya,,

n there's one part when someone ask me,
sihat ke tak, dont know why, but i feel terharu,,
ada banyak benda nak cakap tapi tak tercakap, takde peluang,,
sebab before ni taknah borak lama2 pun dengan dia,,

nampak sangat emosi tak stabil nih,,
sebab tu cepat penat,,
dah lah kena redah hujan masa balik rumah tadi,,
nasib baik lah hujan kat sini tak lebat sangatlah,,

got home, on laptop, terus taip post ni,,

happy got to see muka yang dah lama tak nampak since bulan 3 hari tu,,

wassalam,,(^_^)V

p/s: maybe penat sebab semalam tido 3 jam je kot,,,hehe

hati

assalamua'laikum,,

tak sabar, tapi takut,,
teringin, tapi bimbang,,
perlu , tapi tak reti,,

ya Allah, hanya Kau yang tahu apa yang bermain di fikiranku,
hanya Kau yang tahu apa yang aku rasa,
dan hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untukku,
oleh itu, Kau amankanlah hati ku,
Kau berilah ilham kepadaku,
moga aku tak tersasar dari jalan yang telah Kau sediakan untukku..
amin ya rabbal alamin..

101th post

assalamua'laikum,,

actually sayang bila tgk kat dashboard tu tulis 100 post,,
sayang sampai rasa nak printscreen je,,hahaha

tak perasan entry before ni yang ke-100..

so, buat entry ke 101 pun ok lah,,

entah apa yang aku merepek sampai 100 post aku dah buat,,
actually ada je draft yang tak terpost,,,

banyak juga benda aku merepek, merapu kat sini rupanya,,,

thanks cik blog sebab sudi terima segala rapuan tersebut,,

and sorry sebab banyak rapuan yang beremosi,,,

sila bekerjasama buat seberapa lama yang boleh ye cik blog,,

thanks so much!

love u cik blog!!

wassalam

peace(^_^)V

Thursday, October 6, 2011

benda remeh pun nk jadikan hal ke??

assalamua'laikum,,,

bukan nak bebel ke nak bajet pandai ke apa,,

just giving opinion,,

tak salah kan kalau kita berkata yang baik kepada seseorang tak kira lah muslim or not, islam ke kristian ke yahudi ke,,

islam menganjur umat nya untuk berbaik sangka, berkata-kata yang baik..

so, nice words wont harm anybody,,

oleh itu, tak payah la kot nak besar-besarkan hal yang remeh,,

anggap je itu as nice words to others,,

be nice~

peace(^_^)V

wassalam

story bout me

assalamua'laikum

just want to share 1 story,,

1 or 2 years back, my cousin tunang or kahwin, dah lupa dah,,
tapi ad 1 majlis kat rumah cousin aku sebelah rumah aku je,,

that day, aku beria pakai baju kaler oren nak bagi matching ngan orang lain,

tengah2 ramai orang tu, aku boleh rasa tersisih,,

aku rasa takde orang peduli kat aku,,

logik r kan, bukan majlis aku, emo sorang2 tak pasal2 time tu,,

n then, time nak ambil gambar, no one call for me,,
betapa kecik nya hati aku time tu,,

yelah sedara mara ramai,, tak perasan la tu,,

nak cakap betapa aku kecik hati nya, aku decide untuk balik rumah,,
jalan kaki tak sampai 3 minit dah sampai rumah sendiri,,

lastly, aku balik rumah aku tak pergi balik pun rumah cousin aku hari tu..

see, thats why aku tak suka tmpat yg crowded,,

betapa tak berbesar hatinya aku time tu..
suppose tu aku faham, aku boleh fikir,,

kan dah jadi selfish tak pasal2,,

and thats show how fragile my heart can be,,

maybe luar aku nampak garang,, that garang part is to cover my weak heart..

maybe, tu jugak sebab aku payah nak rapat ngan orang,,

sebab aku selfish dan aku tak yakin orang boleh jaga hati aku yang mudah terusik ni,,

so, perlu give efforts to that part,,

tak bolehlah mudah kecil hati,,

sape aku nak kecil hati dengan apa yang orang buat kat ak?

tu semua dunia je,,

kan bagus kalau aku bersabar,,

banyak ganjaran orang yang bersabar,,

ALLAH pun suka kan?

moral: be patience and be strong wahai hati,,

peace(^_^)V

Wednesday, October 5, 2011

majlis kahwinku~

assalamua'laikum,,

majlis kahwinku,,

kalau boleh, aku taknak bersanding,,

kalau boleh jugak, aku nak buat seringkas yang boleh,,

tak perlu ada berdulang-dulang hantaran takpe dak??

buat yang wajib je ok la kan,,

perlu ke aku nak tempah baju pengantin lawa2, liplap sana sini?

tak perlu kot,,

cukup lah sekadar nanti aku buat baju kurung baru, ala2 nak raya gitu,,sedondon ngan laki aku,

nanti aku pakai la time walimatul urus tu..

walimatul urus aku pulak, kalau boleh aku nak jemput semua kenalan aku, takut ada yang terasa hati kalau tak jemput lak..

sedara mara tu wajiblah,,

kenduri ada 2,

1 kat rumah aku, 1 lagi kat rumah laki aku,,

kalau ditakdirkan laki aku tu jiran dekat kampung je, senang lah, 1 kenduri je dah cukup..

n then, kompang segala tu tak payah lah sehari suntuk,,

buat bingit telinga orang 1 kampung je,,

berarak pun kena k?

segan lah,, cukuplah sekadar aku layan orang yang datang kenduri tu nanti..

sesi fotografi pulak, mintak kakak aku je tolong ambil gambar boleh tak?

aku ni bukan jenis muka suka masuk kamera..

lupa nak cakap awal2 tadi, majlis tunang n akad nikah dalam sehari je boleh kan?

takpun tak yah nak tunang2..

bukan aku nak kahwin koboi,,
bukan jugak aku nak save duit,,

tapi,,,,


tanya soalan ni nanti aku nak kahwin in the future nanti eh,,

post ni as a reminder for me,,

sesape tolong ingatkan aku pasal entry ni bila2 nanti aku sebut ada orang masuk pinang aku,,

takut aku lupa diri lak masa tu..

wassalam=)

p/s: asal tetiba post sal kahwin? calon pon takde lagi.. bajet bebeno...

p/s2: sebab time ni aku terpk sal ni n then bila majlis aku nnt, aku taknak tanggung dosa banyak, taknak sebab aku, mak bapak aku bersusah, taknak kalau ada orang tinggal kewajipan dorang yang lain semata sebab aku

p/s3: aku tak suka pergi kenduri orang kahwin xceli,, too crowded n aku mudah rasa tersisih ditempat ramai orang..

SELF DISTRACTION vs SELF DESTRUCTION

words can be hurtful or heartful,,,

assalamua'laikum,,

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya,,

so, before nak cakap something, kena fikir masak-masak dulu,,,

so, kalau ada sape2 pernah terasa with my words before, i apologize,,,

insyaAllah, i'll behave next time,,

if i do the same wrong thing berulang kali, please do tell me, maybe tak sedar kot tu,,


till then,,


wassalam=)

minat lama muncul kembali

assalamua'laikum,,


baru saja mengahabiskan duit dengan membeli novel secara online,,

hope aku berpuas hati dengan novel2 tu,,,

setelah lama aku tak beli novel,,

hambek ko,

sekali harung dekat 10 biji,,,

taktahu zaman mane nak habis bace tu,,

biasa lah, selalu perasan busy,

padahal duk hadap laptop tengok cerita,,



manfaatkan masa sayang oi,,

sedikit sebanyak, aku nak polish english aku yang dah macam budak tadika punya level ni,,

insyaAllah,,

tanamkan minat membaca,,

ingat nak beli sejenis buku ni,,

tapi, untuk buku macam tu, aku lagi prefer dalam BM,,

mintak kakak aku beli lah,,

sou shiyou ka,,

wassalam,,=)

Tuesday, October 4, 2011

things that i hate

assalamua'laikum,,

things that i hate

1)waiting

2)unpicked calls

3)crowded place

4)non-replied texts

5)sudden expecting-answer-question

6)back-stabbed



oleh sebab aku tak suka perkara2 di atas, so, seboleh-bolehnya aku takkan buat kat orang macam tu,,,

when u expect someone to do something for u, u need to do something for them first...

peace(^_^)V

HUDUD

assalamua'laikum,,

sekarang ni sibuk kat malaysia pasal hudud,,

apa tak kena ngan hudud sampai taknak laksanakan,,

i know lah kalau nak ubah undang2 bukan nye sesenang nak mengubah bunga,,,

tapi sakan kat paper, kat media mana2 pasal hudud ni tak realiti la, kejam lah,,,

personal pendapat aku la,,

kalau hudud dilaksanakan bukankah berkurang sikit azab kita kat akhirat esok2?

kenapa takut nak laksanakan hudud kalau diri tu bersih dari kesalahan??

hudud bukan main hentam je nak hukum seseorang tu,,, perlu ada bukti, ada saksi,,etc,,

aku bukan bijak pandai bab2 agama ni,, tapi kalau yakin diri tak salah kenapa mesti takut nak berdepan dengan undang2 islam?

kenapa zaman rasulullah SAW dulu, boleh je laksanakan hudud padahal bukan semua penduduk madinah tu islam, muslim,,,ada je yang yahudi..

bukankah kalau hudud tu dilaksanakan berkuranglah sikit kadar jenayah kat malaysia tu..

pelik dengan pemikiran 'bijak pandai' sekarang..

kalaulah hudud dilaksanakan, at least aku sentiasa sedar yang aku tak boleh buat dosa,,

manusia ni memang makhluk pelupa,, perlu sentiasa di ingatkan,,

termasuk aku,, banyak dosa, banyak salah aku buat..

sebab takde hukuman atas kesalahan aku tu lah, aku terlambat sedar yang aku dah banyak buat dosa,,

doakan kesedaran aku ni berpanjangan, istiqamah..

aku tahu, aku perlu takut kat Allah SWT more than anything else,,,

tapi lumrah manusia, selalu tak sedar diri bila rasa tiada mata yang nyata yang melihat,,

bukan aku nak kata pandangan Allah tak nyata, maksud aku, kita semua tahu yang Allah selalu perhati kita, tapi kita tak nampak,,

lumrah manusia yang selalu takut dengan benda yang nampak secara fizikal,,,

dah melalut entah kemana dah ni,,,

konklusi, aku sokong je kalau hudud laksana di malaysia~

fulllstop.

Sunday, October 2, 2011

DEAR YOU,

please dont be mad at me if i dont find you if i need some advice,,
i guess i dont want to burden you if you know this thing,,
i dont want you to feel awkward in the future,,

i really want to talk to you about this,
but i guess i dont have the guts to ill-speaks about your friend
and i dont have the guts to face if i lose you too in the future just because of this

just stay the way you are now,
and i promise i wont get things out of control
i just dont want to hurt you
and i really dont want to lose you

it is enough just me myself getting hurt
rather than just me myself be happpy,,

promise me to stay like this forever
and i promise to make things better

a letter

dear myself,

please be SELFISH
do not CARE about what others feel
SAY what u want to
LIVE the life like what u think
GRAB and TAKE what u like


and u'll REGRET what u'd DONE


sincerely,
myself

FOREVER ALONE

there are times when i feel like i need someone to talk to but there is no one there
there are times when i feel like crying on someone's shoulder but i found that i'm all alone
there are times when i feel like i want someone to hear me but i guess no one can
there are times when i feel like i want to hug someone to share the burdens but there is no one around
there are times when i feel fragile the most and i want someone to support me but there is no one strong enough to do that
OBSESSION OF POSSESSION

thought

wishing for the pain to be washed away like the waves drift the sand away
hoping for the things to get better like the rainbow cheers the day after the rain

life~

if it's hurt to live in reality,
i want to hide in illusion forever~