Thursday, September 29, 2011

party!!

assalamua'laikum,,

today kami2 pelajar asing di TDU ada sedikit jamuan untuk meraikan exchanges students from indonesia...
kanpai!!!

kenal ramai budak jepun,, ada senpai sama gakka,, boleh lah mintak tolong~~huhu

and then tadi masa kelas chikyuu kankyou ron, ade sorang budak yang duduk depan seat kami,,
asyik pandang belakang tengok aku salin nota,,
dah nampak gaya cam nak tegur kami, tapi tak tertegur-tegur,,
kejap2 pandang, kejap2 pusing,,,
dah ngate2 dah kat budak tu..

at last tadi masa party, tahu lah yang budak tu pun pelajar asing di TDU...
from china...
patutlah duk jenguk2,,,

gomenne termengata sedikit sankyou~san..

tadi cakap dengan budak indonesia tu dah rasa cam aku bukan ckap bahasa melayu,,
baku gile tambah ngan macam aku baru belajar cakap melayu...
susah2,,
biarpun bahasa indonesia itu boleh di fahami bila tengok sinetron2 di tv,,,
tapi ternyata maw cakap secara live dengan orang indonesia itu susah sebenarnye,,,

perlu menggilap bahasa melayu,,,(ke bahasa indonesia??)

konklusinya, gembira jugak lah tadi sebab kenal budak2 jepun yang peramah,,,
sempat bertukar2 emel and facebook...

tambah kawan2 di jepun yang asing ini,,,

alhamdulillah~~

ciao,,
wassalam~

Monday, September 26, 2011

malam yang dingin,,

assalamua'laikum,,

kepala tengah pening tapi tak tahu kenapa still nak menaip padahal takde idea pun,,,

aku percaya dalam diri seseorang manusia tu pasti ada 2 bahagian,,
yang baik dan yang jahat,,
sebaik-baik seorang manusia tu pasti akan terlintas sesuatu yang jahat,,
sejahat-jahat manusia tu pasti ada satu bahagian baik yang tersorok,,

kita manusia tak mampu nak menilai setakat mana jahatnya atau baiknya seseorang tu,,

aku, kadang2 masa nak buat sesuatu automatik otak aku akan fikir untuk both side,,
bila aku ikut nafsu,ikut emosi, yang jahat tu yang akan aku buat,,
tapi kadang2 tak sempat nak fikir automatik yang jahat tu aku akan buat, dah jadi tabiat la tu..
kadang2 lagi aku fikir both tapi sebab orang, aku buat yang baik tu, padahal dalam hati dah membara,,

konklusinya, aku rasa aku baik, tapi jahatnya aku ni lagi lebih,,
banyak benda jadi sebab aku,,
aku tak nak salahkan diri aku seorang je,
so, orang lain yang terlibat tu pun salah gak,,
in fact kadang2 aku rasa aku tak bersalah pun dalan sesetengah keadaan,,
**kang dah jadi selfish tu,,

aku memang lemah,,,
betapa kecil nya dugaan yang Allah bagi kat aku, tapi aku dah rasa susah..
betapa nipisnya iman yang aku ada,,
setiap kali ada masalah, mengeluh,, dah tu sombong, tak nak mengadu kat Allah..

ke aku ni masuk dalam kategori golongan yang nk tunggu hidayah datang bergolek-golek?
aku tahu, kalau aku tak usaha nak ubah diri aku sendiri, Allah takkan tolong aku,,
jalan dah ada sedia depan mata, aku tak tahu apa yang menyebabkan kaki aku taknak melangkah pergi..

iman ni macam air laut, ada pasang, ada surutnya,ada masa banyak, ada masa berkurang..
tapi bukan kita tak boleh topup pun iman tu..
semuanya bergantung pada diri kita sendiri..
rasa rugi, tapi rasa malas tu lagi menguasai..
bodohnya diri ini..

cakap berkepul-kepul, tapi diri aku sendiri takde perubahan pun,,
tin kosong je..

apa yang aku tunggu??

mungkin aku takut nak tinggalkan dunia aku sekarang,,,
aku takut nak tinggalkan 'keseronokan' yang aku rasa sekarang,,

aku rindukan sesuatu, tapi aku tak tahu apa benda tu..
aku rasa kosong, macam terlupa sesuatu tapi aku tak tahu apakah ia..


****rapuan di malam yang pening

wassalam

Friday, September 23, 2011

kalaulah~

assalamua'laikum,,,


aku selalu letak benda ni dalam fikiran aku,
perkataan 'kalaulah' tak wujud dalam diari hidup aku,,
aku tak nak sebut perkataan tu sebab parkataan tu akan menunjukkan yang aku menyesal dengan perbuatan, keputusan aku sebelum ni,,,

once u make a move, there is no turning back to the same point,,,
u can change your future but not your past,,

jadikan apa yang disesalkan dulu tu as panduan so that kita tak buat benda tu lagi,,

anyone can change bila2 masa, tak kira kat mana2 pun,,
yang penting kita sedar kita ni siapa,,
hidayah Allah tu bukan datang bergolek,,,
kalau betul kita nak berubah, tetapkan hati kita,,

benda yang menyerabutkan~

assalamua'laikum,,,

ada banyak benda yang aku tak boleh nak beritahu, tak reti nak beritahu kat orang lain,,
kadang2 nak sangat beritahu tapi aku tak pandai nak ubah apa yang aku nak beritahu tu dalam bentuk ayat,,
kadang2 benda yang tak patut aku beritahu tu senang je keluar dari mulut ni,,

semenjak dua menjak ni, banyak benda aku rasa tapi aku tak dapat nak simpulkan apa yang aku rasa dalam bentuk perkataan,,
kadang2 aku dah susun elok benda yang aku nak cakap tu tapi last2 tak keluar jugak benda tu,,,
end up ak banyak simpan benda sorang2,,

perasaan aku makin kompleks sampai aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa,,
macam2 benda jadi, macam2 aku rasa, tapi aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa,,

sekarang ni rasa macam sedikit annoyed, sedikit serabut, sedikit confused, sedikit sedih, sedikit tak senang hati, sedikit rasa dengki, sedikit berprasangka, sedikit selfish, dll,,,

waaaa, bila tulis, semua benda negatif yang aku rasa,,
banyak betul penyakit hati aku,,

perlu sembuhkan hati sendiri dulu,,,

ciao~
wassalam,,

Tuesday, September 20, 2011

shuffle~

assalamua'laikum,,

tadi masa naik tren sambil dengar lagu, tiba2 terfikir,,,
macam mana playlist aku boleh shuffle?
i mean bila aku tekan shuffle tu macam mana tiba2 playlists aku boleh berubah...

masa kat jad dulu ada belaja sort dalam programming,,,
pernah la buat untuk benda tu sort sama ada ikut saiz or ikut abjad..
tinggi ke rendah, besar ke kecil..
yang tu aku still boleh fikir,,
tapi bila shuffle kan jadi berterabur..

macam mana boleh jadi macam tu ek?

Monday, September 19, 2011

words,,

assalamua'laikum

once read it at someone fb's status.

kalau kita cintakan seseorang, mesti kita selalu teringat dekat dia, bagi dia hadiah contact dia etc....
and then apa perasaan kita sekiranya orang yang kita sayang, sebelah mata pun tak pandang kita apatah lagi nak sayang kita balik.
mesti sedih berbakul-bakul kan...




and then cuba fikir apa yang Allah rasa......

Sunday, September 18, 2011

cerita 1

pintu tren yang sedang terbuka itu ditenung dalam.
fikirannya menerawang jauh ke detik-detik bahagia mereka dahulu.
fikirnya panas hingga ke petang, namun hujan lebat menimpa ditengah hari.
tapi dirinya redha menerima takdir yang ditentukan kepadanya.
dia tahu disaat hujan berhenti merintik akan ada pelangi yang cantik menantinya.
dia tahu Allah itu maha adil dan maha mengetahui.

kematian suami yang disayangi sememangnya meragut segala cahaya dan hala tuju hidupnya.
setelah kematian kedua ibu bapa 2 tahun sebelumnya, suaminyalah tempat dia bergantung harap.
dirinya masih muda, masih lagi menapak untuk hidup sendiri.
pinangan suaminya 3 tahun lepas diterima ibu bapanya seolah-olah mengetahui yang mereka takkan mampu untuk menjaganya dalam jangka masa terdekat. seawal umur 19 tahun, dirinya sudah bergelar seorang isteri, dan kini baru sahaja menginjak usia 21 dia sudah pun bergelar seorang janda.

kebahagiaan di dunia hanyalah sementara. pahit getir yang dihadapi semuanya ujian Allah yang maha esa. Dia mengetahui kemampuan hambaNya dan takkan memberi ujian melebihi kemampuan hambaNya.

"miss, this is the last stop" teguran dari pekerja stesen mengejutkan dirinya dari lamunan.
pantas kakinya menapak keluar dari tren tersebut.
semenjak dua ini dirinya selalu hilang dalam lamunan. kalau dulu suaminya sentiasa ada untuk menghiburkan hati sepanjang mereka pulang dari tempat kerja. tapi kini, dia sendiri, hanya mampu mengenang masa lampau.

selang 3 bulan dia meletakkan jawatan di tempat kerjanya. alasannya, memori suaminya di tempat kerja tersebut terlalu banyak sehingga dia tak dapat fokus pada kerjanya sendiri. berbekalkan duit simpanan dia dan arwah suaminya juga insurans suaminya, dia membuka subuah kedai bunga.

pada waktu itu dia anggap pelangi yang menanti nya selepas hujan ialah anak dalam kandungannya itu. itulah anak pertama dan anak terakhir dia dan arwah suaminya. 3 tahun mereka menunggu, akhirnya bila tiba saat itu, dia sendiri.

sedaya upaya dia menyibukkan diri supaya tidak hilang dalam kenangan. kesihatan diri dan kandungannya dijaga rapi. dia tidak mahu menyesal, seandainya anak itu sempat melihat dunia maka dialah orang yang paling bahagia, jika sebaliknya, bukan rezekinya bayi itu. sedaya upaya dia berusaha tapi rezeki itu Allah yang tentukan.

hari-hari mendatang dia gagahi diri untuk teruskan. arwah suaminya pernah berpesan.
'walau apa pun yang terjadi, awak kena kuat, jangan putus asa dengan hidup. sebab hidup kita ni hanyalah pinjaman dari Allah. kalau saya tiada tak mengapa, sebab Dia akan selalu lindungi awak.so, awak jangan sesekali lupakan Dia.'

Saturday, September 17, 2011

weekend ku~

assalamua'laikum,,

hari ni bangun dah tengah hari sebab tidur pukul 7 pagi tadi,,,
bangun2, mandi2, solat2, kemas rumah yang dah berhabuk,,
dari hari first start kelas lagi dah nampak rumah cam selekeh gila,
tapi busy dengan kelas, so, kena sabar tunggu weekend baru boleh kemas,,

got something purple today,,
happy!!


this is that something purple,,
handmade tu,,, thanks to you who made it and thanks to you who give it to me,,
made my day today=)

wassalam

cuti!!

assalamua'laikum,,,

lastly weekend menjelma,,
what makes it more enjoyable is there is 3 days of it includes monday,,
i dont know what holiday monday is but it is good as long as it is holiday,,
and to make it gorgeous, next friday also is a holiday,,,
thats means i got 3 days of weekend for 2 weeks,,
**sigh

baru start kelas seminggu dah nak cuti lama2,,
apedaaaaaaaa~~~

dan cuti akan membuatkan diri ini malas untuk membuat kerja2 yang sepatutnya dibuat,,,

wassalam,,

Thursday, September 15, 2011

hari ketiga sem baru,,

assalamua'laikum,,

malam keempat sem baru,,
esok ada subjek yang perlu di persediaan before masuk kelas,,,
and subjek tu is a subject where we need to translate the english version of some scientific texts into japanese,,,
dan subjek tu wajib,,

nak dijadikan cerita,,
disebabkan esok ada subjek tu and kami lihat di papan kenyataan ada sebut pasal teks untuk subjek tu,,,
ada teks yang di edarkan dalam web,,
so kami pergi lah print benda tu,,
2 helai je,,,
and semua tu adalah list words yang susah2,,,

confuse sekejap sebab kami takde pun buku teks untuk esoknya tu,,,
so, kami pergilah jumpa lecturer yang berkenaan untuk tanya pasal buku teks la,,,

terkejut jap sebab dia tanya kami tak pergi guidance ke bulan 7 hari tu?
emua buat muka blank,,
ye la kami habis exam hari tu 22 hb,,
after that memang dah tak pergi uni la,,,
and my friend said that the guidance was held at 28th,,,
and kami tak tahu pun ada guidance,,,

shock jugak lah,,
tak tahu lah apa yang lecturer yang kenal kami cakap sebab kami tak datang guidance,,
apa kejadahnya buat guidance before start sem,,
the last time my friends look at the board takde pun pasal kenyataan yang akan ada guidance the next week,,
just ada list name siapa group mana je yang ditampal,,,

so tadi baru je siap berusaha translate kan ayat yang susah gila tu,,
bayangkan dalam masa 4 jam lebih aku hanya berjaya translate kan dalam 15 ayat je,,,
bapak lemah english and japanese aku,,,
otak dah kepenatan,,,
sekarang tunggu subuh masuk kol 3.50 lebih2, and then nak tidur,,
esok kelas pukul 1040,,
and kami perlu keluar rumah at 0930,,,
so paling lewat aku boleh bangun pukul 0900,,,
paling lama aku boleh tidur is 5 hours only,,,

esok kelas ada 1 je,,
balik kelas boleh tidur puas2,,,
tu pun kalau aku mampu nak tidur siang la,,,,

till next time,,
wassalam=)

Tuesday, September 13, 2011

ini post ketiga malam ni,,,

assalamua'laikum,,
malam ni malam gila nak update,,

actually di saat orang lain masih bermanja dengan cuti masing2, kami di TDU kanda campus sudah mula mengeringkan otak berfikir subjek mana untuk diambil, unit lagi tinggal berapa,,,
terasa disisihkan pulak,,,
hahaa:D

takyah nak dramatik sangat,,,

semalam, 12092011, monday, first day for the second semester at TDU,,
seawal 0730 pagi kami keluar dari rumah,,,
selewat 0900 malam kami sampai semula di rumah,,

penat kepala,,penat tubuh,,,memang first day at uni memenatkan lah,,,
balik rumah terus tertidur,,
nasib baik tersedar pukul 1, tak solat isyak lagi,,,

second day pun penat jugak,,
semua kelas nak kena masuk sebab nak tengok kelas tu ok ke tak, boleh catch up ke tak,,
end up third class, aku tak masuk,biar je yang lain masuk,,,
penat kot,, padahal memang suka tidur dalam kelas,,
later aku masuk kelas bahasa jepun, and yang lain balik rumah dulu,,

minggu ni minggu percubaan dulu,,
tengok mana kelas yang ok, baru daftar,,,
nasib baik mereka ada jumpa snior masa pergi gunma hari tu,,
dapatlah tunjuk ajar dari dia subjek mana yang senang, yang mana susah,,,
kalau tak terkontang-kanting kami nak pilih sendiri,,
dah senior 1 dept takde,,,
survive sendiri lah kami bawah dept ni,,

perlu think positive,,,
siang tadi intuition kata, this sem might be better than the last one,,
perlu kekalkan pemikiran itu,,
perlu berusaha,,,
tapi selalunya aku ni tulis je berkepul-kepul,,
last2, malas juga jadi raja,,,

and then, kelas bahasa jepun tu kena ambil sebab orang yang uruskan kami kata bahasa jepun kami agak teruk,,,
at least kelas tu tak seberat kelas subjek electric or electronic,,,
okaylah,,,

tadi juga advisor kami bagi result sem lepas,,,
alhamdulillah aku lulus semua,,,
takde lah flying colours tu,, banyak jenis huruf jugak aku dapat sem ni,,
and memang tak sangka lah semua lulus,,,
lecturer2 ni baik benar marking,,,
thanks sensei-tachi,,,

perlu risau untuk masa hadapan,,
nak kena fikir nak ambil lab apa lagi,,,
semua tak tahu apa2 lagi kot,,

YA ALLAH, permudahkanlah urusan kami,
berkatilah perjalanan hidup kami,,
istiqamahkanlah hati kami dalam menuntut ilmu,,,
amin ya rabbal alamin,,

hari ketujuh sudah di tokyo,,,

assalamua'laikum,,,
post yang tertunggak akibat sindrom malas nak update bila dah ada di rumah,,,

sambungan untuk 2 hari lepas::
pagi2 dalam 5 lebih sampai di aomori,,,
semua pakat cari toilet,,
nak basuh muka, gosok gigi,,
almaklumlah 1 malam takde tempat berteduh,,,
so, memang semua tak mandi 24 hour lah,,

dalam jam 7 lebih, kami mulakan perjalanan untuk balik ke tokyo from aomori,,,
naik tren non stop sama macam first day,,
and sampai di shinjuku at 9 lebih2,,,

perut semua lapar, tapi sesetengah dari kami mula mengorak langkah menuju ke rumah masing2,,,
tinggal 3/4 je yang menuju ke kedai makan halal di nishi hachioji,,,
isi perut dengan nan and curry,,
balik rumah sempat borak2 sikit terus lelap tak sedar sampai ke pagi,,

and suppose to aku pergi gunma pagi esok nya tu ikot trip uni aku untuk melawat muzium and petik epal sesuka hati,,,
tapi apakan daya, aku tak terbangun pagi,,
and terpaksa tak pergi biarpun hati memang nak sangat pergi jalan2 sama rakan dari negara asing yang lain,,,

apa2 pun, smepat pesan kat kawan minta bawak balik epal dari sana,,,
besar, juicy and manis je epal tu,,,
nak habiskan sebiji pun dah kembung perut,,,

anyway,,,
have had a nice trip to hokkaido with everyone,,
and hope to go for another trip with you alls again,,,

peace(^^)V

p/s: habis juga update trip ke hokkaido,,
biarpun tak memenuhi azam before pergi, at least ber update jugak,,,
kalau rajin nanti, aku repost and taruk pics dari lawatan tersebut,,,

Thursday, September 8, 2011

hari keenam-perjalanan pulang bermula

assalamulaikum,,,
malam before bergerak pulang ni aku tak tidur, in case tak dapat bangun,,
ni update semasa,,,
2 entry before ni pun aku habiskan malam ni buat peneman supaya mata tak mengantuk..

pagi hari keenam:
tak boleh tahan ngantuk, lastly tidur juga pukul 5 lebih pagi tadi,,,
kol 8 bangun, siap2, kemas beg, cari makan pagi,,,
pukul 9 pagi 5 orang daripada kami termasuk aku dihantar ke shiroishi station,,
manakala yang selebihnya pergi terus ke shin sapporo station sekali dengan hantar kereta sewa kat sana,,,
tak muat nak masuk sekali gus sebab tu kena buat 2 trip,,,

lama melepak di shin sapporo station, sempat tunggu kedai buka and round2 keliling station lagi sementara nak tunggu tren pukul 11.30 nanti,,,
sambil2 tu kira2 duit yang kena bayar untuk kereta sewa semua,,,
settle semua hutang2,,,

kami naik tren yang sampai pukul 1130 tu, tapi entah macam mana tren tu tak menuju ke destinasi yang kami nak pergi,,,
jadual tren yang kami ada sekarang ni kena ubah balik supaya kami sempat sampai di hakodate malam ni jugak,,
at last kami naik tren ke chitose dan menukar tren ke tomakonai di sana,,,

reached hakodate at 2055 dan barulah semua baru nak terasa lapar,,,
dari pagi sampai malam makan 2 biji roti dan jajan je,,
mana tak lapar,,,
bagi memenuhi kehendak seorang rakan yang teringin nak makan ketam before balik tokyo,
kami singgah di restauran sama yang kami mKan hari tu,,
kali ni bilangan ketam yang diorder lagi banyak sampai waitress tu terkejut,,,

sampai restoran tu dalam kol 10 lebih dah,,,
order segala, tunggu lagi,,,
suppose tu orang tu tutup kedai before 11 kot,,
tapi sebab kami ada, lewat sikit mereka tutup kedai,,,
masa tengah makan tu mereka dah siap angkat pinggan segala dah,,
padahal kami tak habis makan lagi,,,,
lastly, terpaksa makan dengan laju,,

dalam jam 12 lebih kurang kami mula merayau-rayau di sekitar hakodate station tu sementara nak tunggu tren pukul 3 pagi,,,
merata-rata la semua pergi,,
pelabuhan tepi laut jadi port utama mereka yang suka bergambar,,
yang dah penat nak jalan just main2 depan station je,,,
merasa lah macam orang homeless sebab dah jam 1 ke 2 pagi still lagi dok merayau tak tahu mana hala,,,
angin sejuk hakodate memang sampai ke tulang sejuk nya,,,
bertahan lah sikit sebab nanti bila dah balik tokyo dah takde angin sejuk macam tu masa summer,,,
borak2 last2 sampai jugak jam 3 pagi,,,
semua dah mula angkat2 beg menuju ke platform,,,

p/s: lewat update sebab bila dah balik perasaan nak update hilang,,,

5th day in hokkaido,,

assalamualaikum,,,

mulakan pagi kelima dengan membasuh baju,,
sementara itu 4 orang daripada kami pergi mengambil kereta sewa,,,
waaaaa, sewa kereta estima hari ni,,
bayangkan estima dan muatan nya seramai 11 orang dewasa,,,
tapi kami berjaya memasukkan kesemua 11 orang ke dalam nya,,,
bangga dengan diri sendiri dan mereka,,,

sementara menunggu kereta sampai kami breakfast sama macam semalam iaitu roti bakar with peanut butter and strawberry jam plus coffee,,,

belum sempat baju kering dengan sempurna, kami bertolak menuju ke asahikawa,,,
perjalanan melalui highway memakan masa hampir 2 jam,,,
destinasi pertama ialah arashiyama park,,,
yang membuatkan aku confuse is betulkah tempat yang kami sampai tu adalah arashiyama park,,,
sebab tempat tu macam terbiar dan tak nampak seperti sebuah taman pun,,,
tapi tak mengapa sebab view dari atas bukit tu memang lawalah,,,
tiap2 hari pun nak naik jugak bukit tengok mount view kan,,,hehe,,

next destination ialah yukaraori folkcraft museum,,,
ada banyak museum di situ termasuk snow museum,,,
disebabkan semua nak save budget, tak masuk pun dalam mana2 muzium,,
hanya mengambil gambar di kawasan sekeliling sahaja,,,
view memang lawah gile lah,, tiptop habis,,=)
biarpun kadang2 angin kuat and suhu agak rendah, bergambar still priority,,,
gambar memang terbaik habis,,,

puas keliling muzium2 tersebut, kami mula mengorak langkah mencari makan,,,
pukul 3 baru nak lunch, memang berkeroncong la perut,,,
kedai makan pilihan hari ni ialah tenkin,,
kedai makan jepun,,,
menu pilihan hari ni pulak ialah
1)nasi putih(memang tak boleh tinggal lah)
2)yaki hokke@ ikan hokke goreng-hokke ni femes kat hokkaido kalau tak silap lah,,,
3)sotong bakar
4)ikura tendon(nasi+telur ikan salmon)-memang tak kena langsung dengan tekak melayu aku,,
semua pun main share2, so tak mahal sangat la jadinye,,,

selepas dah kenyang semua, barulah fikir kemana destinasi seterusnya,,,
ingatkan nak ke ladang tomita di furano,,,
tapi tengok jam, tak sempat sempat sampai ladang dah tutup dah,,
untuk pengetahuan, ladang tomita tu ladang bunga,,,
famous dengan lavender,,bunga2 lain macam cosmos, salvia etc pun ada,,,
tapi sebab aku suka kaler purple and lavender kaler purple+ bau wangi,,
aku teringin sangat nak pergi ladang tu walaupun sekarang lavender dah takde,,,

mungkin bila2 lagi kalau berkesempatan nak melawat hokkaido lagi, aku nak make sure aku akan melawat ladang tu,,,suka bunga kot,,,=)

tukar plan, kami bergerak menuju ke sapporo kembali,,,
lively kot bandar dia,,,
sampai ke tengah malam pun ramai orang je lagi,,,
jalan2 nampak ferris wheel,,,
beria semua nak naik, sebab nak jugak tengok pemandangan dari atas keseluruhan bandar,,,
tak dapat nak melawat semua tempat pun takpelah, dapat tengok saja pun dah cukup,,,
kalut semua orang nak ambil gambar dalam ferris wheel tu,,

lepastu kami berjalan2 nak cari tempat makan,,
jumpa kedai yang dekat luar kedai dia taruk patung ketam besar gila siap boleh bergerak lagi,,kalau dari 1km pun boleh nampak ketam tu,,,

tapi, tak masuklah kedai tu sebab mahal sangat harga,,,
lama jugak lah lepak depan kedai tu, ambil gambar dan berehat,,,
siap masuk kedai souvenir sebelah kedai ketam tu lagi,,,

lepas tu baru bergerak untuk cari kedai makan...
plan nye nak makan kaiten sushi,,
dah sampai tempat yang ditunjuk dalam peta, tapi tak nampak kedainye kat mana,,,
give up mencari kedai tesebut, kami bergerak mencari kedai thai yang terdekat,,,

alhamdulillah kami berjaya mencari kedai tersebut,,
dan pekerja kedai tu boleh berbahasa inggeris dengan fasih,,
rasa sangat `wow!`,,
dah la muka boleh tahan,,

end up dengan makan tomyam memang orang thai yang masak,,
sedap,,, lama tak makan tomyam betul,,hehe
lama kami stay di kedai tersebut sampai chef dia dah siap tukar baju pun kami still tak keluar lagi,,,
memang lepas kami keluar tu dia tutup kedai terus dah kot,,,
perut dah kenyang, boleh lah balik tidur,,,

p/s: orang lain tengah syok tidur, aku syok dok update blog sebab tak nak tidur takut tak boleh bangun awal esok,,
p/s2: esok perjalanan pulang ke tokyo akan bermula,sebab tu taknak tidur takut terlewat bangun tak sempat kemas barang2,,

Tuesday, September 6, 2011

hari keempat,, keliling sapporo

assalamualaikum,,,:-)

permulaan hari keempat dengan kejutan bangun pagi dari seorang rakan,,,
dah lewat sebenarnya, memang tak sedar langsung,,,
sementara aku bersiap, orang lain sediakan sarapan pagi,,,
roti bakar with peanut butter and strawberry jam + air berkafein, tak sure coffee or cocoa,,,

start our journey with walking to the nearest bus stop to go to shiroishi station,,,
1 hour perjalanan dengan tren untuk ke otaru,,,
dari dalam tren boleh nampak laut di sebelah kanan dan hutan di sebelah kiri,,,
sampai otaru semua macam blank2 ,tak tahu nak pergi mana,,
ambil pamplet sini sana, last2 pergi stesen bas depan stesen kereta api tu tebmngok bas nye pergi mana,,
tanya2, last2 kami beli 1 day pass untuk bas,,, thats means kami boleh naik bas tu bila2 masa dalam 1 hari,,,

at first kami naik bas menuju ke tenguyama@ mount tengu,,,
akhirnya dapat juga kami naik cable car menuju ke puncak gunung,,,
namun agak malang sebab cuaca berkabus,,, tak nampak view sangat,,,
mula2 sampai atas puncak tu, kami berlegar2 di kawasan sekeliling,
ambil gambar dalam keadaan berkabus,,

and then kami ternampak chipmunk park,,,
masuklah dalam park tu,,,
chipmunk bukan dalam sangkar tau, dia bebas je dalam tempat tu,,,
pulak tu masa kami masuk tu, pekerja kat situ baru je nak bagi makan kuaci dekat chipmunk2 tu,,,
kami pun dengan excited nya nak bagi makan jugak lah,,,
mulalah pelbagai ragam boleh dilihat,,
ada yang geli bila chipmunk tu naik atas tangan,
ada pulak chipmunk taknak turun2 bila dah naik atas tangan tu,,,

habis dengan chipmunk, kami mula meneroka kawasan sekeliling dalam keadaan berkabus tu,,,
banyak nyamuk pulak tu,,,,
ada oni merah hidung panjang, ada temple, ada monument,,,
lepas tu kami masuk ke muzium ski,,,
free je masuk situ,,,
ada banyak koleksi papan ski dan jaket2 bulu,,,
tiba2 masuk 1 kawasan ni banyak gila topeng oni,,,

dah tengah hari, perut pun mula berbunyi, kami pun singgah makan di restoran atas gunung tu,,,,
nakan menghadap view sekeliling, tapi sebab kabus, tak nampak pemandangan sangatlah,,,,
alhamdulillah, dah nak siap makan tu, kabus mula berkurang dan kami sempat snap2 gambar pemandangan bawah,,,
dapat nampak laut, bukit bukau, kawasan perumahan, kapal2 dan kubur,,,,:-)

disebabkan kabus dah tiada, maka kami meneroka puncak gunung sekali lagi,,
baru feel atas gunung kalau dapat ambil gambar berlatarbelakangkan rumah2 kecil dan bukit bukau,,,:-)
turun dari puncak gunung tu, ingatkan dapatlah tengok pemandangan dari cable car,
tengok2 berkabus balik dah..,
sampai bawah, kami kejar bas untuk pergi ke next destination iaitu otaru canal,,,

cuaca masih hujan masa kami tiba di otaru canal,,,
tapi gagahkan jua untuk ambil gambar tanpa payung, sebab payung merosakkan kevantikan gambar,,,
sekejap je kat otaru canal tu,,
and then kami naik bas kembali ke otaru station,,,
plan nya nak naik marine bas, tup2 nampak roman bas lagi lawa, semua panjat naik bas tu,,,
naik roman bas sampai ke merchen crossroads dimana kami melihat2 souvenirs di otarukan souvenirs,,,:)
sempat membeli kitkat perasa melon yang hanya dijual di hokkaido sahaja,,,:-)

sesi mengambil gambar berterusan lagi sehinggalah kami jumpa kedai softcream melon,,,
sedap softcream tu,,,,:D
puas bergambar pelbagai pose, tiba2 terdengar jam stim berbunyi,,,
jam tu berbunyi sambil mengeluarkan stim, macam kereta api gitu,,,,

kami bertolak pulang ke otaru station untuk pergi melawat area sapporo pula,,,
menaiki tren ke sapporo station memakan masa hampir 40 minit,,,
tidur kejap dalam tren,,,
penat berjalan,, and nak save tenaga untuk next destination,,,

mula2 sampai di sapporo, sibuk bergambar dekat2 area station tu, lawa kot,,,
and then kami mula menapak ke tokeidai@clock tower,,,
kami sampai dah lewat and tak sempat nak masuk dalam and tengok apa yang ada kat dalam, just boleh ambil gambar dari luar je lah,,

dalam sibuk bergambar, ada seorang rakan termisplaced kamera,,
so, 2 orang patah balik ke otaru untuk mencari kamera tersebut,,,
sementara yang lain2 terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu sapporo tower,
menara tu ala2 tokyo tower jugak,,
menara antenna tv kalau tak silap,,,
lawa lampu dia sebab dah malam kan,,,hehe

dalam keadaan hujan tu, semangat untuk bergambar masih tak pudar,,
sanggup tak guna payung semata untuk snap pic yang cantik,,,
suhu masa tu dalam 19C lebih kurang,,,
sejuk tu,, dah lah pakai baju biasa2 je,,,

selesai bergambar berlatarbelakangkan sapporo tower,
kami bergerak menuju odori park,,,
disebabkan keadaan dah gelap, hanya air pancut je yang mampu dijadikan background gambar,,
bunga2 dan patung2 di situ semua dah tak nampak,,,

n then kami mula bertapak untuk mencari makanan,,
alhamdulillah, kamera kawan tadi selamat dijumpai,,,
tapi mereka berdua tak sempat untuk makan bersama yang lain,,
mereka berdua makan di otaru, manakala kami makan di kedai italy di sapporo,,,
selesai makan kami menapak semula ke sapporo station untuk bejumpa balik dengan 2 orang yang ke otaru tadi,,,

kami mula berlegar2 di kawasan sekitar station sambil snap gambar mana yang patut,,
dari luar station sampailah ke dalam station,,
semua tempat nak ambil gambar,,,
lastly dapat mesej dari kawan tu ckap yang dia tertidur and terlepas station,,,
after that kami pun meuju pulang juga lah,,
6 minit perjalan dari sapporo station ke shiroishi station,,,

sampai di station, kami 9 orang berpakat untuk naik teksi,,,
kadang2 dapat naik 5 orang,,,
tapi nasib malang kami hari tu, teksi taknak ambil 5 orang,,,
so kami plan nak naik subway,,
on the way mencari subway, kami ternampak bas untuk ke station subway berdekatan dengan Ino`s place baru je bergerak pergi...
rupa2nya nak pergi station subway pun kena naik bas,,
dan bas yang baru je bergerak tadi is the last bus,,,
disebabkan rasa kedekut, kami berlima mengambil keputusan untuk berjalan kaki 2.6km untuk balik ke Ino`s place,,,
setelah stop beberapa ketika untuk mengambil gambar, dan juga 7E sebagai RnR kami, akhirnya kami sampai lebih kurang sejam kemudian,,,
penat tak terkata, kaki lenguh sampai malam tu tak tahu nak letak kaki macam mana dah,,,

mengakhiri hari keempat dalam keadaan sangat penat...=P

Monday, September 5, 2011

day 3,, for sapporo

assalamualaikum,,

mula hari ketiga dengan check out dari smile hotel,,
cari breakfast di sunkus,,, n then jalan ke hakodate station untuk naik tren ke sapporo,,,
1045- tren pertama ke mori
lalu tepi tasik konuma,, lawa sangat pemandangan,,
lepas tu lalu tepi laut,,, n station mori tu berdepan dengan laut,, dapat bau hanyir laut and banyak seagulls,,,
ada 1 jam 15 minit untuk tunggu next tren,,,
so, kami decide untuk jalan2 kejap sambil mencari makan,,,
punyalah seronok bila jumpa hotto motto, kedai bento yang ada bento yang boleh dimakan,,,
masa tunggu bento siap,,
tiba2 ada seorang pakcik datang,,,
borak2, dia polis kot,, datang buat survey lebih kurang,,,
dia kata selalunya nampak students from china,,
borak2 apa entah,, baiklah pak cik tu, siap offer payung lagi sebab time tu hujan,,,

1329- tren kedua ke oshamanbe,,
sambil tunggu tren gerak, kami makan bento tadi,, makan sampai kenyang,, punya banyak nasi bento tu,,,
tren ni ada 1 gerabak je,,,
dalam tren ni just ada kitorang 11 orang dan beberapa orang jepun yang macam dalam perjalanan sama dengan kami je,,,
tren ni pun lalu tepi laut,, pendek kata perjalanan hari ni semua lalu tepi laut,,,
sebelah laut, sebelah bukit,,, rasa macam dalam fairy tail pun ada,,
boleh nampak pokok firus,, kalau datang masa winter memang rasa dalam fairy tail la,,,,:-)
ada orang siap boleh buat video salam perantauan lagi dalam tren ni,,,

1456- tren ketiga ke higashi muroran,,,
aktiviti tidur sebab dah kekenyangan semua,,,
tapi before tu, ada orang karaoke lagu siti,, mentang2 la 1 gerabak tu kami je,,,
tengah2 jalan tersedar, terkejut tengok ramai budak sekolah dalam tren tu,, entah bila dorang mauk pun tak sedar,
punya lah syok tidur,,,
sampai2 di higashi muroran, kalut semua sebab ada 5 minit je before next tren tapi tak tahu tren kat mane,,,
jenguk2, tren tu kat platform sebelah je,, boleh tarik nafas lega,,,

1657- tren keempat ke tomakomai
cuaca agak tak elok,, hujan je sepanjang jalan,,,
kadang2 angin kuat,,, mesti sejuk je nanti sampai nanti,,,,

1806-reached tomokomai,, waiting for next train at 1822

1822- tren kelima ke shiroishi ( hokkaido line for teine)
berdiri jap dalam tren ni,,, asyik2 masuk tren, dapat duduk, lenguh gak kaki,,

1930- reached shiroishi station,,
bergambar kejap depan station tu,,,
lepas tu, mencari tempat untuk naik teksi untuk ke Ino's place, tempat tidur kami for the next 3 days,,:-)
lama dah mengidam nak stay tempat macam ni,,,
ala2 macam pension dalam cerita my princess gitu,,,,
tapi bilik dia macam dorm la, boleh stay 6 orang paling ramai,,
ada dapur sendiri, and the owner super nice and can talk in english,,,=)

lepas check in, pasang cadar, kemas barang, solat, rehat kejap, kami bergerak untuk cari makan,,,
jalan2 keliling Ino's place tu, jumpa la kedai india, junthara curry nama kedai dia,,,
makan la kat situ,,,
macam biasa, masuk kedai india, makan nan dan kari la,,,;-)

lepas tu jalan2 lagi, masuk daiei a.k.a gourmet city untuk mencari roti as breakfast esok pagi,,,,
dah siap membeli dan belah dari situ, semua kumpul2 kat ruang tamu untuk bincang destinasi pada keesokkan harinya,,,
the result is, tunggu esok punya update la,,,,
till then,,,,:-)
wassalam,,

Sunday, September 4, 2011

2nd day for hokkaido

assalamualaikum,,,
second day trip,,=)
keluar dari net cafe tu dalam pukul 9 lebih2,,,
on the way ke hakodate dengan limited express super hakucho,,,
tren ni nanti akan lalu tunnel bawah tanah bawah laut untuk sampai kepulauan hokkaido,,,
before masuk tunnel tu boleh nampak laut lawa,,,
bedengung- dengung telinga masuk dalam terowong,,,
lama pulak tu,,,
keluar2 tu dapat nampak seberang pulau hokkaido,,,
Berbalam-balam je nampak,,,
seronok pulak,, yelah, dah first time nampak kan,,, biasa la tu,,:p

sampai di hakodate station, dapat rasa angin sejuk sikit walaupun matahari terik je,,,
round2 di morning market,, nampak ketam besar2,,,
macam masuk akuarium pula feeling nya,,,
kami makan pagi+tengah hari dekat 1 restauran yang dicadangkan oleh pakcik jual ketam yang baru je kenal kat morning market tadi,,,
sedap,, manis je rasa isinya,,,=)

dah lepad pukul 2, baru pergi check in di smile hotel,,,
2 orang 1 bilik,,,
dah lepas solat dan rehat kejap2, kami pergi keluar jalan2 naek tram,,
pergi jalan2 di hakodate park,,,
dekat situ ada memorial tokugawa clan, shrine and banyak bangunan lama yang dibina oleh foreigners,,

malam tu kami plan nak neik cable car untuk sampai ke puncak mount hakodate,,
on the way pergi ke tempat untuk naik cable car tu,
kami lalu satu bangunan lawa, aku fikir tu church, tapi rupanya bangunan pusat pembangunan bandar,,
dekat board depan bangunan tu ada nampak dia tulis yang cable car takleh nail hari ni sebab angin kuat sangat,,,
dah kecewa dah,, tanya2, boleh naik atas gunung tu dengan bas,,,
takpe lah takleh naik cable car pun, at least dapat sampai puncak gunung tu,,,
penuh gila bas sebab cable car takleh guna kan,,,
sampai atas tu dalam pukul 7 lebih2,, sejuk gila,, tambah ngan angin kuat pula tu,,,
oleh sebab kabus tebal, tak nampak sangat pemandangan bandae dari atas gunung tu,,
kena tunggu kabus bergerak dulu baru dapat snap gambar,,,
kesejukan atas tu,, kalau ringan dah lama terbang kena tiup angin,,:D
lepas dah tak tahan dengan sejuk kat atas tu, kami masuk kedai souvenir,,
sempat lah membeli coklat and key chain,,,

nak turun gunung tu pun, kami naik bas,, memang lenguhlah tangan nak tahan daripada jatuh ke depan,,
kami naik bas sampai hakodate eki mae, dekat je dengan smile hotel tempat kami check in petang tadi,,
masing2 penat and lapar,,,
next mission is cari tempat makan,,,
daripada 11 orang, lastly hanya tinggal 5 orang je yang berjaya makan di kedai makan,,,
yang lain2 give up di tengah jalan dan singgah di convenient store dan mencari makanan di situ,,,
makan ketam lagi,,, kali ni bakar ketam sendiri,,,
peramah gila abang kedai tu,,,
berhabis banyak jugak di kedai tu,,
tapi takpe lah, bukan selalu dapat makan seafood sedap kan,,,

balik dengan perut penuh,, mandi2 and terus tidur,,,
esok pulak update untuk day 3,,,,,:-)

Saturday, September 3, 2011

trip ke hokkaido

assalamualaikum,,
trip first beramai-ramai (11 orang)ke hokkaido,,
harap semua nya selamat dan kami dapat bergembira,,:-)

030911--first day perjalanan ke hokkaido,,:-)
0555- first tren untuk ke aomori,,,(chuo line-for tokyo)
nanti perlu tukar tren di shinjuku,,,
untuk ke aomori kami perlu tukar tren sebanyak 11 kali selama 14 jam lebih,,,
ganbatte minna(*^_^*)

0652- second tren(saikyo line-for omiya)
nanti akan tukar di akabane station,,
masing2 keletihan,, aktiviti tidur2 dalam tren hari ni,,,

0709-third tren(tohoku line-utsunomiya line)
nanti akan stop di utsunomiya untuk tren keempat,,
ganbarimashou!!
lagi sejam setengah,,,:-)
still aktiviti tidur dalam tren,,, nanti dah agak ke atas sikit baru jaga untuk tengok pemandangan kot,,,
sekarang dapat tengok sawah padi,, teringat kampung tiba2,,,;-(

0844-fourth tren,, for kuroiso,,, perut da stat lapar,,,,, huhu
nanti kene cari mase yg sesuai,, boleh stop untuk solat sekali,,,,
dah makin naik ke atas,, pemandangan makin lain,,,
selalu asyik tengok bangunan je kat tokyo tu,,, ni dapat tengok benda hijau banyak2,,,:-)
tengah bincang2 dalam group message nak stop makan bile,, tapi yg reply sorang dua jep,, huhu
tiba2 dalam perut rasa sakit,, apekah??
taktahu kenapa sakit,,, perlu bertahan,,, shouganai darou,,,:-(

0940- fifth tren,, for koriyama,,
still banyak lagi masa before sampai sana,,
plannya stop di sendai station untuk makan dan solat,,,
lagi 3,4 jam untuk makan,,, sabar ye perut,,,:$

1106- sixth tren,, for fukushima,,,
sekarang baru 1048,, ada banyak banyak lagi before tren gerak,,,
ada la yang pergi bersiar siar keliling station sambil membeli air di jihan(mesin jual air)
mengantuk lagi,,,,, nak tidur,,,,,,,,,,,!(◎_◎;)

1210-seventh tren for shiroishi,,,
suppose to pukul 1200 td da gerak,, tapi tren untuk ke fukushima td tiba2 je blackout, in the end tren lewat gerak, kami lewat sampai,,
nasib baik next2 tren pun dilewatkan sikit,, tapi tak tahu lah sempat tak nak makan nanti ni,,,
mintak2 sempat sampai di aomori malam ni jugak,,,, amiin,,,

1300-eighth tren for sendai,,,
sebab tadi ade lewat2,,, segala plan da lari,, bungkus je la makanan nanti ni,,
nak bungkus apa pun taktahu la,,,

1445-ninth tren for ichinoseki,,
tadi berhenti kat sendai station kejap for solat and makan,,,
ingatkan nak tapau pizza kat saizeriya,,,
tinggal angan2 jelah,,
nampak bangunan saizeriya dari jauh tapi tak jumpa cari jalan nak ke sana,,,
huuuu,,, makan roti deli france je for lunch hari ni,,,
kesian dekat perut,,,,:-(

1627-tenth tren for morioka,,,

sambung tidur lagi la nampak gayanya,,,
muka sorang2 dah macam ape dah,,, selekeh gile rasa,,,
pelbagai kaler tren da naek hari ni,,,
suke tren yang ni sebab kaler purple,, my favret kaler,, hehe
suka tengok pemandangan,, banyak pokok,, bukit, sawah,,,,
hijau semua,, cuci mata,,,:-)
ni last tren JR tohoku line yang kami akan naik hari ni,,,
next tren dah bukan JR dah,,,

1807-eleventh tren( iwate ginga railways IGR for hachinohe)
dah lame duduk, ni 2 jam nak sampai hachinohe kena berdiri dah,,, seat penuh,,,;-(
genap 12 jam since kami start perjalanan..
akhirnya dapat duduk jugak,, berdiri tak sampai 10 minit pun sebenarnya,,,

2012-last tren to aomori,,,(aomori tetsudou for aomori)
comel je tren dia punya corak,, ade pokok comel kaler biru pakai topi polis,,
semua dah penat2 dah,,, total masa perjalanan lebih kurang 16 jam,,,
ni nanti sampai aomori pun takde choice tempat tidur lagi ni,,,
tengoklah nanti nak merempat kat mane,, hehe
nak makan lagi,, nak cari tempat tidur lagi,,,

2142- sampai di aomori,, perjalanan mencari makan malam,,,
ingat nak makan di gusto,,, cuti pulak kedai tu hari ni,,
masuk la kedai ape entah,,, makan nasi goreng je hari ni,,,

2347- menuju ke shin aomori untuk mencari tempat tidur,,,
manga kissaten@ net cafe menjadi pilihan,,,
dah takde pilihan lain dah sebenarnya,,
bila lagi nak merasa tidur di net cafe kan,,,
kat malaysia memang takde la,,,:-)

0100- nama net cafe yang kami bermalam tu space create(自遊空-jiyu kukan),,
lupa nak ambil gambar dalam cafe tu,,:-(
boleh tahan la,,, toilet ok, internet ok,,,
penat tak penat nya sampai tertidur sambil tengok anime semalam,,:)


Friday, September 2, 2011

azam and harapan

assalamualaikum,,

harapan and azam for the next 7 days is to update periodically,,,
hope i can do so,,
first time berkeinginan untuk merekodkan segala yang berkaitan dengan sesebuah perjalanan??
lebih kurang lah,,,

hope i can do it!!