Saturday, December 17, 2011

my dad

assalamua'laikum,,,

the second entry for tongight,,
malam ni terlebih rajin pulak buka blog ni,,

story of memories that i have with my father,,

ni ikut kronoologi la,,
time kecik2 before tadika or tadika kot,,
i remember my dad likes to tickle me,,
selalu je dia peluk aku ( baca: pegang tak bagi aku lari ) and gesel2kan janggut dia kat pipi aku,,
takpon dia akan geletek tapak kaki aku,,
and because of that aku tak geli kat tapak kaki sekarang,,,hehe
and dulu2 aku and kakak aku tido ngan ayah aku( read: aku and kakak aku tido atas katil and ayah aku tido kat bawah tapi dalam satu ruang yang sama)
pastu time aku baru je ada adek 2,3 orang, masa tu ayah aku ada sebuah lori,,
ayah aku is a petani tanam padi for my uncle next door,,
and lori tu guna time kalau tuai padi nanti ayah aku mesti busy2 pg sawah angkut padi yang dah dituai tu bawak pergi bernas kot,,,lupa dah,,
and then lori tu jugak guna bila pakcik aku mintak tolong beli minyak untuk mesin tenggala,,
just a few of people who know about things like this kan,,
and aku bangga sebab tu,,
setiap kali ayah aku nak pergi beli minyak tu kami adik-beradik ikut la sekali,,,
selalu trip tu waktu malam,,
yela, siang ayah aku busy kat sawah kot,,,
and then on the way nak pergi stesen minyak tu akan lalu satu rumah yang time tu budak2 kat kampung aku panggil tu rumah berhantu,, sebab takde orang tinggal kat situ and penuh semak samun rumah tu,,
seriously, menakutkan,,,
actually kalau nak pg sekolah dulu pon boleh lalu situ tappi kitorang adik beradik semua tak lalu situ,, semua ikut jalan lain,, penakut punya pasal tapi bagi alasan bahaya sebab kena lalu jalan besar,,,hehe
back to story,, masa lalu rumah tu, mesti kitorang semua akan menyorok( read: takbagi kepala masing2 nampak melalui tingkap lori tu)
pastu semua excited bila masuk bandar,,,
budak2 kecik, pergi bandar pun jarang2, so bila dapat peluang biarpon pg stesen minyak je, still happy macam tak ingat dunia dah,,,
and that the sweet thing ever i remember as a child,,,
seronok je masa budak2,,, happy sepanjang masa,,, dapat keluar pergi bandar je pun,,,
dah selalu main kat area rumah je kan,,, tulah budak2 kampung zaman dulu,,, zaman 90-an,,,
and then bila balik rumah pun sama mesti menyorok bila nak lalu depan rumah tu,,,
nombor plat lori tu pun aku still ingat sampai sekarang,, CN4648 lori kepala merah,,,
kalau time musim menuai, ayah aku akan pergi angkut padi guna lori tu kan,,
bila petang2 ayah balik, semua pakat serbu belakang lori tu,,, panjat masuk belakang lori tu cari belalang kecik2,,,
heaven taw cari belalang dalam lori,,, tangkap banyak2 masuk plastik, pastu buang perut dia goreng kunyit belalang tu,,,
takde rasa pun sebenarnye sebab belalang tu kecik je kan, bila goreng rasa rangup je,,,
tu bila musim menuai,,,
selalu yang seronok sebab ayah selalu takde malam2 so, boleh tengok rancangan tv faveret sendiri2,, jahat betul anak2 ayah ni,,,
tapi lagi seronok sebab dapat makan sedap,,
makan sedap pada kitorang time tu just air susu yang memang ayah akan beli untuk orang2 yang bwak mesin padi nak tuai padi tu dengan mi goreng basah,,,
seriously aku rasa benda tu sedap gila,,,
even sekarang kalau ayah aku beli makanan apa2 untuk drebar mesin padi tu and ada lebih, aku rasa makanan tu sedap,,, makanan warung je sebenarnya,,, berebut ngan adik2 aku nak makan,,,sampai gaduh2,,,
that  was the happiness,,, bila share satu straw dengan adek beradik minum air susu yang ayah beli dengan plastik air tu mesti ada selut sikit2, sebab ayah baru balik dari sawah kan,,,
seriously i miss that moment,,, even sekarang pon kalau ayah ada bawak balik apa2 makanan from sawah, takde lah nak berebut ngan adek2 kan, segan la sebab dah besar,, tapi aku curi2 gak la pergi minum air tu kalau ada lebih2,,,

and then ada sekali masa darjah berapa entah lupa dah, my dad belikan aku and kakak aku jam tangan,,,
kakak aku punya tali besi and aku punya tali kulit kaler hitam,,
tali kulit kan mudah patah2,, so, bila tali tu cam nazak gila dah nak putus, my mom tukar tali jam tu dengan tali versi getah sikit,, so, takde lah tali tu mudah rosak,,,
tu jam tangan pertama hadiah dari ayah aku, and aku rasa aku pakai agak lama jugak la,, sampai jam tu habis bateri and muka jam tu yg sebenarnya kaler emas jadi pudar..
aku pun tak ingat apa occasion masa tu sampai ayah aku beli jam tangan untuk aku and kakak aku,,
cakap pasal jam tangan,, aku ingat ada satu jam tangan dulu ayah aku pakai lama gila,,
sampai tali dia yang besi tu dah longgar2 dah,,
jam tangan tu automatik kalo tak silap aku and water proof la kot sebab ayah aku pakai bawak pergi sawah,,
tiap2 pagi mesti dia check dulu jam tangan tu tunjuk waktu sama tak dengan jam kat dapur and then baru dia pakai jam tu,,,

masa darjah lima or darjah enam, aku terlukakan pergelangan tangan sendiri masa nak tutup tingkap time maghrib,,,biasalah, kalau dah nak maghrib tu tingkap2 wajib ditutup and kain2 kat ampaian wajib dah berangkat, tinggal pintu depan je tunggu semua orang naik baru kunci pintu rumah,,,
bila cermin tingkap tu pecah semua family aku dah ada kat rumah dah,,,
aku tak nangis la biarpun darah tu penuh dah aku tadah guna tapak tangan sebelah lagi,,,
i still got that scar about 2 inch at my wrist,,, macam cubaan orang nak kelar tangan sendiri...
then masa bunyi tingkap pecah tu semua dah bising2,, and my mom orang first yang tahu pasal tangan aku tu kalau tak silap ingatan la,,,
and then aku turun bawah, ayah aku ambil kain balut2 tangan aku tu,,, letak minyak gamat or ubat kuning je kot time tu,,,
and then macam biasa, kat kampung main ambil kain buruk je buat balut luka,,,
seriously i feel like aku duduk kampung tradisional gila,,,
mak aku cakap kalau pergi hospital ni kena jahit,,,
memang takut la dengar jahit2 ni,,, end up tak pergi hospital pun,,,
before balut2 tu aku sempat tengoklah luka tu,,, kalau gerak2 tapak tangan nampak ada tulang kecil kaler putih gerak sekali,,, memang takde kulit dah kat situ,,,
yang bangga nya, esokkan nye tu aku pergi sekolah rilek je tapi tangan berpangku la,,,
teacher aku nampak and tanya kenapa, aku cakap je la,,
and then tak pasal2 teacher tu beli plaster and tampal kat luka aku tu,, 2 plaster kot nak penuhkan tampal luka tu,,
and seriously sakit gila bila nak tanggalkan plaster tu,,
mesti teacher aku fikir apa la parents aku fikir balut luka dalam camtu dengan kain buruk gitu je,, kot la,,,
tapi aku rasa sembuh je,,,
bila aku buka plaster tu, luka aku tak kering,, siap jadi berlendir lagi,,,
last2 takyah nak plaster nak balut apa,,
letak ubat kuning je sampai luka tu kering and sembuh,,,

 6 tahun sekolah rendah aku tak pernah ponteng sekalipun biar aku demam,,
ada sekali aku demam teruk gile dah, sebab balik2 sekolah terus aku tidur tak sedar diri,,,
tapi esokkan nya still pergi sekolah lagi,,,
betapa aku suka sekolah rendah dulu2,,,
and aku ingat jugak,selalu pergi sekolah naik basikal ngan kakak aku, tapi kalau hari hujan ayah aku hantar ngan motor pergi sekolah,,,
suka la time tu dah jarang2 dapat naik motor,,,

and then habis sekolah rendah dapat masuk sekolah asrama bila sekolah menengah,,,
jarak rumah aku ngan sekolah tu dalam 40 km,,,
first day sekolah mak ngan ayah aku dua2 datang, ngan kakak aku semua datang hantar,,,
siap kakak aku tolong packing barang masuk loker lagi hari tu,,,
lepas dari hari daftar tu,,
masa form1, form 2, setiap kali cuti balik kampung mesti ayah aku datang ambil aku ngan motor,,
bayangkan naik motor setengah jam lebih dengan panas tengah hari nya,,, habis kelas je masa nak pergi hostel ambil beg pakaian mesti ayah aku dah siap tunggu dah,, and aku antara orang yang awal keluar pagar sekolah,,,
masa tu budak lagi,,
kadang2 aku bangga, kadang2 aku segan,,
bangga sebab aku dapat balik awal,, segan sebab orang jauh2 mesti datang ngan kereta, tapi ayah aku datang ngan motor je,,,
tak lama lepas tu aku sedar yang penat kot ayah aku nak datang ambil aku jauh2 ni naek motor,,
lagipun senang naik motor sebab takyah nak berebut parking,,,

kan kat sekolah asrama tiap2 minggu ada hari parents melawat kan,,,
aku rasa mak aku tak pernah datang kot,,, takpon sekali je,,,
pernah 2,3,4 kali ayah aku datang melawat ngan motor je,,,
bukan melawat pon just hantar barang,,
sebab lepas bagi barang2 kat aku terus dia balik,,,
selalu makanan la kan,,,
yang aku ingat makanan tu mesti ada anggur hijau sebab once aku pernah cakap nak anggur hijau, lepas tu setiap kali ayah aku datang mesti ada anggur hijau tu,,,
terharu gila,,, and then mesti ada biskut marie,,, biskut marie coklat my faveret,,,
selalu cepat habis biskut marie tu sebab bawak pergi kelas dalam tupperware and makan time cikgu mengajar,,,
loker aku selalu ada biskut marie je,, and then biskut campur dalam tin satu lagi,,,
kalau tengok loker orang lain penuh dengan macam2 biskut,, dari situ la aku kenal biskut2 yang branded lagi,,
macam jacobs, munchy's,,,
tak pernah aku tengok pun rupa biskut2 tu dalam rumah aku,,,
kalau bukan hari melawat and then ada barang nak bagi kat aku, mesti ayah aku datang ngan motor tu tinggal barang kat pak guard pintu depan tu,,,
bila ingat sekarang, rasa terharu gila dengan kesanggupan ayah aku datang sekolah aku jauh2 nak bagi barang kat aku,,
thanks dad~

then bila tengah2 form 2 or form 3 gitu, start ada geng balik kampung ngan teksi,,so takyah la ayah aku datang jauh2 lagi,,
tapi sampai bandar tu, kol rumah mintak ayah datang ambil,,,
aku ingat jugak bila aku naik sekolah menengah ayah aku baru pasang telefon rumah
before ni kalau kakak aku nak kol mak aku, mesti dia kol jiran yang ada telefon and then bagitaw jiran tu nanti dia kol balik pukul berapa2 nanti,, nanti mak aku pergi la rumah jiran aku tu tunggu kakak aku kol,,
kalau hari exam mesti tiap2 pagi kol rumah cakap ngan mak,,

ada satu hari tu akhir tahun form 5 ke akhir tahun bila dah, tak ingat, oleh sebab akhir tahun ramai la parents datang jemput anak masing2 dengan kereta sebab nak angkut balik barang semua tu,,,
and sebab tu geng nak balik dengan teksi pon takde la,,
that day my dad datang ambil ngan motor and on the way balik tu motor tu rosak tengan jalan,,
boleh bawak slow2 je, sampai jumpa cari bengkel,,,
then orang bengkel tu kata apa entah tak kena tapi motor tu dah tak boleh bawak jalan jauh2 lah,,,
dah lama kot motor tu,,
sejak aku ingat aku dah nampak dah motor tu kat rumah aku,, means masa tu dah berbelas tahun gak la motor tu,, memang patut pon,,, plat motor tu pun aku ingat lagi,, DV4761,, motor suzuki kaler maroon,, bunyi ekzos motor tu dari jauh dah tahu dah tu motor ayah aku,, kenal kot bunyi motor tu,,,

setiap kali nak tungu teksi nak pergi sekolah pon ayah aku hantar sampai rumah pakcik teksi tu,,, sebab jiran je ngan pakcik teksi tu,,, rumah dia depan sikit pada rumah berhantu tu,,,
ayah aku ni jenis on time,, bukan on time, terlebih2 awal,,,
selalu aku lah yang jadi penunggu sampai semua orang sampai nak naik teksi tu,,,
ayah aku memang,, kol 2 nak gerak, kol 1.30 dah siap dah,,, padahal nak pergi rumah pakcik teksi tu naik motor tak sampai 5 minit pon,,,
sebab ayah aku tak suka menyusahkan orang,,,
my dad bukan salah seorang dari orang melayu yang guna janji melayu tu,,,
kalau kata pukul 3 nak jumpa, maybe 2.30 ayah aku dah ada dah kat tempat nak jumpa tu,,, punctual tak punctual nya ayah aku ni,,,

then habis sekolah menengah masuk JAD,,,
hampir2 ayah aku tak bagi masuk kot,,
sebab complicated sangat nak cari orang nak jadi penjamin,,
ayah aku tak suka benda2 kompleks ni,,,
dia siap cakap,, kalau susah2 sangat tak payah pergi lah,,,
nasib baik mak aku ni jenis penyabar sikit,, dan rajin nak bertanya sana sini,,,
last2 usaha mak aku berhasil lah... thanks mak,,,
aku tahu mak aku nak aku sambung belajar hebat2,,sebab tu dia sanggup bersusah sebab anak dia sorang ni,,,
first day at JAD mak aku and adik aku yang bongsu je yang ada,, pakcik and makcik aku yang hantar kitorang, tapi lepas hantar tu, dorang pergi mane entah,, yelah, sape nak dengar ceramah ntah pape semua tu kan,,
tapi masa nak hantar barang tu dorang hantar la sekali,,

tiap2 kali cuti kat JAD tu mesti ayah aku yang hantar and jemput kat stesen bas,,,
bas pukul 9, pukul 8.30 dah tercongok kat stesen bas tu,,, aku dah tahu dah perangai ayah aku,,,
pukul 7.30 dah siap2 dah kol 8 tu kalau boleh dia nak gerak dari rumah dah,,,
padahal nak g stesen bas tu dari rumah tak sampai 15 minit kalau naik motor,,,
sama jugak kalau nak jemput aku subuh tak subuh bas sampai tu,,
mesti bila bas yang aku naik tu sampai stesen bas, ayah aku dah ada siap tunggu dah kat situ,,,
tengok dari jauh dah cam dah ayah aku dengan gaya dia tunggu atas motor tu,,,


lastly before aku fly datang sini, that was the last time aku salam and cium tangan ayah aku,,,
tu kat kampung, sebab mak aku and kakak aku je family(read: mak ayah and adik beradik) aku yang datang sampai airport..
sanak sedara lain ada je yang datang,, maklong, pakcik2, makcik2, sepupu sepapat,, ramai jugak la yang datang hantar,,,
tu jugak kali terakhir aku dengar suara ayah aku,,
sebab setiap kali aku call rumah aku tak pernah cakap ngan ayah aku kat telefon,,,
just cakap ngan mak aku, adek2 aku je,, kadang2 call kakak aku,,
pernah sekali mak aku tanya nak cakap dengan ayh tak, laju je aku jawab nak cakap apa ngan ayah?
sebab kalau dengan mak aku yang banyak cakap pun aku tak cakap sangat apatah lagi dengan ayah aku yang tak berapa nak cakap banyak tu,,, lagi2 kat telefon,,,
ayah aku pantang benar kalau orang agyut kat telefon lama2,,,
pernah je ayah aku marah sebab aku cakap lama2 ngan kawan aku kat telefon,,
dia cakap,, nak borak lama2, ajak datang rumah ni senang,, cakap la nak cakap lama mana pon,,,
hah, ambik kau,,,
aku cakap ngan kawan perempuan kot,,, kawan sekolah,,,
aku sekolah semua perempuan,, tak kenal mana2 lelaki pon time tu,,,

cukuplah bila aku call rumah and mak aku tak cakap apa2 berita buruk pasal family aku, aku anggap semua ok je,, semua sihat je,,,
ayah aku dah tua,, sama tua dengan malaysia,,, rambut yang dulu hitam sekarang dah memutih,,
dah sampai masa aku kena berkhidmat untuk mak and ayah aku pulak,,,

pernah sekali ayah aku cakap, kalau anak2 ni nak hantar pergi haji, hantar mak je cukuplah, sebab mak yang ajar kami2 ni alif, ba, ta, ajar kami baca quran, ajar kami buat homework,,,
tapi takkan kami nak hantar mak je kan,,,
insyaAllah nanti kami anak2 mak, anak2 ayah kumpul duit hantar mak and ayah pergi haji sekali,,
insyaAllah...
pernah adik lelaki ku yang nakal ni cakap,
'nanti besar idan kumpul duit untuk mak pergi haji,,,'
biar pun cakap budak2 je, aku terharu sebab adik aku yang kecik tu boleh fikir camtu,,,
biarpon dialah adik aku yang paling nakal sekali,,,

setakat tu je memori yang aku ada pasal ayah aku,,
aku bukan seorang yang kuat ingatan,,
yang sikit ni jelah yang aku ingat,,

thanks dad for such wonderful memories,,
aku tahu takde sorang pun yang sama memori macam aku,,,
and i know that my family is special in our own way,,,


wassalam(^_^)V

p/s: malam ni membazir tisu je,,,,=P

5 comments:

Has said...

thanks marlia sebab sudi berkongsi cerita tentang keluarga dan kehidupan. Sangat terharu...Semoga dapat berjasa kepada ibu&ayah nanti. :)

marr said...

insyaAllah sensei:)

fadhilah said...

ades..
ternangis plak baca pos ni. :p

fadhilah said...

marlia,same goes wif me..sedey weh !tiba2 rindu ayh..
kadang2 kesusahan mengajar erti kesabaran,kesabaran mengajar erti kejayaan lam kehidupan..gud lapt 4 ur JAD my friend !

Izni~ said...

ak pon nk jerit sero baco ni, ak pon xrapat sgt ngn ayah ak but i know that for everything he did for us must be a reason behind that, a very good reason insyaAllah :)