assalamualaikum,,
mula hari ketiga dengan check out dari smile hotel,,
cari breakfast di sunkus,,, n then jalan ke hakodate station untuk naik tren ke sapporo,,,
1045- tren pertama ke mori
lalu tepi tasik konuma,, lawa sangat pemandangan,,
lepas tu lalu tepi laut,,, n station mori tu berdepan dengan laut,, dapat bau hanyir laut and banyak seagulls,,,
ada 1 jam 15 minit untuk tunggu next tren,,,
so, kami decide untuk jalan2 kejap sambil mencari makan,,,
punyalah seronok bila jumpa hotto motto, kedai bento yang ada bento yang boleh dimakan,,,
masa tunggu bento siap,,
tiba2 ada seorang pakcik datang,,,
borak2, dia polis kot,, datang buat survey lebih kurang,,,
dia kata selalunya nampak students from china,,
borak2 apa entah,, baiklah pak cik tu, siap offer payung lagi sebab time tu hujan,,,
1329- tren kedua ke oshamanbe,,
sambil tunggu tren gerak, kami makan bento tadi,, makan sampai kenyang,, punya banyak nasi bento tu,,,
tren ni ada 1 gerabak je,,,
dalam tren ni just ada kitorang 11 orang dan beberapa orang jepun yang macam dalam perjalanan sama dengan kami je,,,
tren ni pun lalu tepi laut,, pendek kata perjalanan hari ni semua lalu tepi laut,,,
sebelah laut, sebelah bukit,,, rasa macam dalam fairy tail pun ada,,
boleh nampak pokok firus,, kalau datang masa winter memang rasa dalam fairy tail la,,,,:-)
ada orang siap boleh buat video salam perantauan lagi dalam tren ni,,,
1456- tren ketiga ke higashi muroran,,,
aktiviti tidur sebab dah kekenyangan semua,,,
tapi before tu, ada orang karaoke lagu siti,, mentang2 la 1 gerabak tu kami je,,,
tengah2 jalan tersedar, terkejut tengok ramai budak sekolah dalam tren tu,, entah bila dorang mauk pun tak sedar,
punya lah syok tidur,,,
sampai2 di higashi muroran, kalut semua sebab ada 5 minit je before next tren tapi tak tahu tren kat mane,,,
jenguk2, tren tu kat platform sebelah je,, boleh tarik nafas lega,,,
1657- tren keempat ke tomakomai
cuaca agak tak elok,, hujan je sepanjang jalan,,,
kadang2 angin kuat,,, mesti sejuk je nanti sampai nanti,,,,
1806-reached tomokomai,, waiting for next train at 1822
1822- tren kelima ke shiroishi ( hokkaido line for teine)
berdiri jap dalam tren ni,,, asyik2 masuk tren, dapat duduk, lenguh gak kaki,,
1930- reached shiroishi station,,
bergambar kejap depan station tu,,,
lepas tu, mencari tempat untuk naik teksi untuk ke Ino's place, tempat tidur kami for the next 3 days,,:-)
lama dah mengidam nak stay tempat macam ni,,,
ala2 macam pension dalam cerita my princess gitu,,,,
tapi bilik dia macam dorm la, boleh stay 6 orang paling ramai,,
ada dapur sendiri, and the owner super nice and can talk in english,,,=)
lepas check in, pasang cadar, kemas barang, solat, rehat kejap, kami bergerak untuk cari makan,,,
jalan2 keliling Ino's place tu, jumpa la kedai india, junthara curry nama kedai dia,,,
makan la kat situ,,,
macam biasa, masuk kedai india, makan nan dan kari la,,,;-)
lepas tu jalan2 lagi, masuk daiei a.k.a gourmet city untuk mencari roti as breakfast esok pagi,,,,
dah siap membeli dan belah dari situ, semua kumpul2 kat ruang tamu untuk bincang destinasi pada keesokkan harinya,,,
the result is, tunggu esok punya update la,,,,
till then,,,,:-)
wassalam,,
No comments:
Post a Comment