pintu tren yang sedang terbuka itu ditenung dalam.
fikirannya menerawang jauh ke detik-detik bahagia mereka dahulu.
fikirnya panas hingga ke petang, namun hujan lebat menimpa ditengah hari.
tapi dirinya redha menerima takdir yang ditentukan kepadanya.
dia tahu disaat hujan berhenti merintik akan ada pelangi yang cantik menantinya.
dia tahu Allah itu maha adil dan maha mengetahui.
kematian suami yang disayangi sememangnya meragut segala cahaya dan hala tuju hidupnya.
setelah kematian kedua ibu bapa 2 tahun sebelumnya, suaminyalah tempat dia bergantung harap.
dirinya masih muda, masih lagi menapak untuk hidup sendiri.
pinangan suaminya 3 tahun lepas diterima ibu bapanya seolah-olah mengetahui yang mereka takkan mampu untuk menjaganya dalam jangka masa terdekat. seawal umur 19 tahun, dirinya sudah bergelar seorang isteri, dan kini baru sahaja menginjak usia 21 dia sudah pun bergelar seorang janda.
kebahagiaan di dunia hanyalah sementara. pahit getir yang dihadapi semuanya ujian Allah yang maha esa. Dia mengetahui kemampuan hambaNya dan takkan memberi ujian melebihi kemampuan hambaNya.
"miss, this is the last stop" teguran dari pekerja stesen mengejutkan dirinya dari lamunan.
pantas kakinya menapak keluar dari tren tersebut.
semenjak dua ini dirinya selalu hilang dalam lamunan. kalau dulu suaminya sentiasa ada untuk menghiburkan hati sepanjang mereka pulang dari tempat kerja. tapi kini, dia sendiri, hanya mampu mengenang masa lampau.
selang 3 bulan dia meletakkan jawatan di tempat kerjanya. alasannya, memori suaminya di tempat kerja tersebut terlalu banyak sehingga dia tak dapat fokus pada kerjanya sendiri. berbekalkan duit simpanan dia dan arwah suaminya juga insurans suaminya, dia membuka subuah kedai bunga.
pada waktu itu dia anggap pelangi yang menanti nya selepas hujan ialah anak dalam kandungannya itu. itulah anak pertama dan anak terakhir dia dan arwah suaminya. 3 tahun mereka menunggu, akhirnya bila tiba saat itu, dia sendiri.
sedaya upaya dia menyibukkan diri supaya tidak hilang dalam kenangan. kesihatan diri dan kandungannya dijaga rapi. dia tidak mahu menyesal, seandainya anak itu sempat melihat dunia maka dialah orang yang paling bahagia, jika sebaliknya, bukan rezekinya bayi itu. sedaya upaya dia berusaha tapi rezeki itu Allah yang tentukan.
hari-hari mendatang dia gagahi diri untuk teruskan. arwah suaminya pernah berpesan.
'walau apa pun yang terjadi, awak kena kuat, jangan putus asa dengan hidup. sebab hidup kita ni hanyalah pinjaman dari Allah. kalau saya tiada tak mengapa, sebab Dia akan selalu lindungi awak.so, awak jangan sesekali lupakan Dia.'
No comments:
Post a Comment