Monday, September 26, 2011

malam yang dingin,,

assalamua'laikum,,

kepala tengah pening tapi tak tahu kenapa still nak menaip padahal takde idea pun,,,

aku percaya dalam diri seseorang manusia tu pasti ada 2 bahagian,,
yang baik dan yang jahat,,
sebaik-baik seorang manusia tu pasti akan terlintas sesuatu yang jahat,,
sejahat-jahat manusia tu pasti ada satu bahagian baik yang tersorok,,

kita manusia tak mampu nak menilai setakat mana jahatnya atau baiknya seseorang tu,,

aku, kadang2 masa nak buat sesuatu automatik otak aku akan fikir untuk both side,,
bila aku ikut nafsu,ikut emosi, yang jahat tu yang akan aku buat,,
tapi kadang2 tak sempat nak fikir automatik yang jahat tu aku akan buat, dah jadi tabiat la tu..
kadang2 lagi aku fikir both tapi sebab orang, aku buat yang baik tu, padahal dalam hati dah membara,,

konklusinya, aku rasa aku baik, tapi jahatnya aku ni lagi lebih,,
banyak benda jadi sebab aku,,
aku tak nak salahkan diri aku seorang je,
so, orang lain yang terlibat tu pun salah gak,,
in fact kadang2 aku rasa aku tak bersalah pun dalan sesetengah keadaan,,
**kang dah jadi selfish tu,,

aku memang lemah,,,
betapa kecil nya dugaan yang Allah bagi kat aku, tapi aku dah rasa susah..
betapa nipisnya iman yang aku ada,,
setiap kali ada masalah, mengeluh,, dah tu sombong, tak nak mengadu kat Allah..

ke aku ni masuk dalam kategori golongan yang nk tunggu hidayah datang bergolek-golek?
aku tahu, kalau aku tak usaha nak ubah diri aku sendiri, Allah takkan tolong aku,,
jalan dah ada sedia depan mata, aku tak tahu apa yang menyebabkan kaki aku taknak melangkah pergi..

iman ni macam air laut, ada pasang, ada surutnya,ada masa banyak, ada masa berkurang..
tapi bukan kita tak boleh topup pun iman tu..
semuanya bergantung pada diri kita sendiri..
rasa rugi, tapi rasa malas tu lagi menguasai..
bodohnya diri ini..

cakap berkepul-kepul, tapi diri aku sendiri takde perubahan pun,,
tin kosong je..

apa yang aku tunggu??

mungkin aku takut nak tinggalkan dunia aku sekarang,,,
aku takut nak tinggalkan 'keseronokan' yang aku rasa sekarang,,

aku rindukan sesuatu, tapi aku tak tahu apa benda tu..
aku rasa kosong, macam terlupa sesuatu tapi aku tak tahu apakah ia..


****rapuan di malam yang pening

wassalam

No comments: