Thursday, November 8, 2012

healing

when the heart has scars
from all the years it had live

there will come 1 point
where it know it need to forgive
all people that had hurt it

but the most hard to forgive
is the one that wasnt suppose to hurt it
the family of it`s owner

it is not like it dont want to forgive
but it is hard because
maybe it will be hurt again and again in the future

it know that it cant change others
deep down, it wish that
it wont be hurt again
by the person that it love the most

Monday, May 14, 2012

dear,

of all things that had happened, i wonder why it is still there,
why it is so persistent on living in there,
it is so absurd to be that persistent,

be betrayed for times and times,
dont you have the heart?
dont you feel the pain?
dont you have the pride?

stop being persistent,
for thousands times i plead to you,
please stop it forever.
may you be at peace again~

Sunday, May 13, 2012

procrastinate

a lot to be done but not in mood to do them,,
kena hantar tu kena hantar ni,
kena buat tu, kena buat ni,
macam2,,
tapi satu pun tak jalan,,

**apela nak jadi~

Sunday, May 6, 2012

so rawak~

still tak suka
still perlu berusaha
still sakit
still perlu berusaha


i hate you!!

end of story
but not the end yet~

i hate you!!

for all the faults
for all the wound

i hate you!!
i say but deep inside
still loving you~

to be continued~~

the heart

the wound wont stop bleeding
time do flies fast
but the wound wont heal
not long enough yet

as strong the bars i put there,
that strong i want you to be
so that 1 day you will crush the bars by yourself and not getting hurt

as strong i make the will
i want my limbs to be that strong
so that they wont disobey the will


Tuesday, April 24, 2012

labmates~

assalamualaikum,,

today feeling like want to write something about my labmates,,
overall i have 3 2nd year master seniors, 1 first year master senior and 9 batchmates,, and all of them are guys,,
sometimes i do feel lonely because i cant talk freely with them because of the language barrier and also they do guys talks that i cant understand,,
sometimes i laugh even though i dont join their conversation..
they are all nice but maybe they still dont feel comfortable to talk to me,, takut aku tak faham kot..

there are 4 people who share the same 2 family name, which are  matsumoto and tanaka..
setakat ni aku tak pernah panggil mana2 ahli lab aku dengan nama.. sebab tak sure nak panggil nama yang mana, nak letak san ke tak..

matsumoto yuki -- orang nye tinggi2, paling tinggi dalam lab tu.. i like his voice,, kasar dan rendah,, kureng sket dari chuck bass.. die macam sensei sebab mostly pasal kadai die tahu..

tanaka kunihiko -- kecik2, banyak cakap.. rasanya dia yang paling banyak cakap dengan aku setakat ni..

matsumoto kazuki -- if i remember correctly his name la,, yang ni pun terer gak bab kadai.. die ala2 bos dalam lab tu sebab die paling kuat..

tanaka @@@ -- tak sempat tangkap nama die apa bile budak2 ni cakap..  kurang tingghi sket drpa yuki..agak banyak cakap tapi pendiam jugak.. lately dia macam tengah fikir something yang berat.. sebab die selalu termenung dalam lab.. risau pasal kerja kot..

narumi @@@ -- orang nye kecik2 pakai spek,, nampak macam nerd tapi kalau kena tajuk bising jugak.. before ni aku duty kemas lab sekali dengan die. tapi sebab the other group kurang orang, so, aku offer diri untuk tukar group..

onodera @@@ -- orang nye senyap dan baik.,,, pernah sekali dia nampak aku tercari2 kat mane nak cucuk plug, n then die syorkan aku cucuk plug kt laptop punye je, sebab takde orang guna pun laptop tu masa tu..

yoshioka @@@--- orang nye kecik2, comel2 aktif sukan.. hari first aku try buat kadai, die yang tlg explain nak buat apa and aku siap pinjam nota dia copy circuit apa nak buat sekali,,

minami @@@-- aku rase ketinggian dia kurang sket pada aku.. jarang nampak dia kat lab.,, maybe die buzy prepare utk presentation kot.. sebab dia orang first present nanti..

kojima hirotsugu --- kojima pon aku jarang nampak dekat lab.. tak tahu kenapa dia ambil banyak gile subjek sem ni.. 9 subjek, 18 kredit.. lab pun jarang datang, kalau datang pun time duty kemas lab je.. orang lain pun pelik dia buat kadai ke tak..

cukup 9 orang labmates.. hope i can mingle well with them.. i got 1 year to go through with them,, and insyaAllah kalau ada rezeki aku sambung master, there are 4 of them who will be there too..

for now, takde gambar untuk di upload..
tak tahu la bila aku akan ada gambar mereka~

i like being in the lab actually... biarpon kadang2 lonely jugak sebab takde orang nak borak,, at least i'm not alone there.. i can laugh and smile there..

still aku rasa segan lagi kot nak minta tolong banyak2 dari mereka.. biarpon aku banyak tak tahu.. nak guna oscilloscope macam mana, nak cari apa dekat mane,, a lot of things that i dont know,, slow2 okay..
i need to adapt myself too..


wassalam~~

p/s: 1 thing i dont like about me is i like to procrastinate~

Friday, April 20, 2012

20 april 2012

assalamualaikum,,

20 april 2012,

something yang aku dah lama tahu just aku pendamkan dalam otak tu,,
aku sorok benda tu jauh2,
aku tak fikir pasal benda tu,,
tapi,,
satu hari tanpa aku fikir panjang benda tu jadi,,,

suppose to in that mean time aku prepare diri aku, so that aku tak terkejut macam ni,,
tapi, nak buat macam mana, dah benda dah jadi,, terima saja lah,,

kalau aku berterusan macam ni, ada peluang berat aku akan turun,,
bayangkanlah real meal yang aku amek dalam sehari adalah sekali je,,
tu pon paling berat nasi, paling kurang maggi,,
and in that day benda lain yang aku makan ialah coklat or buah,,
and yes, i do realized how less i eat now,,

so, sape2 please tolong masakkan something yang sedap untuk aku...

sesuatu yang sepatutnya buat aku menangis, tapi aku keraskan hati aku,,
pepatah kata tiada guna nak menangis bila susu dah tumpah,,,
sekarang banyak benda nak kena fikir so, tangisan tu tunggu lain hari je lah,,
sebab aku tahu one day, i will cry over this thing,,,

for the time being, be strong,,
takkan nak nangis depan labmates kot kan,,
=)

wassalam,,

p/s: a loss that will never be replaced,, sebab setiap benda tu ada tempatnye yang tersendiri,,,

Wednesday, April 4, 2012

randomness from my camera

some random pics from malaysia~

ni labu sedara sebelah rumah tanam;)
ulat bulu naek daun~
'etok'~
mairah makan muffin~
kaki lembu yang jd sup gear box
burger kedai sepupu;)
team pencarian 'etok'
syok mengauk 'etok'~
hasil tangkapan di sungai in process!
jemuran abu~
ayam percik in process~

bebuku supaya adek2 rajen membaca;)

kalau geli, dont roll ke bawah,,
my brother got into an accident and below are his injuries,,,







rajin aku cuci luka ni~


back to sakura land~

assalamualaikum,,

after 3 weeks at home, i'm back to japan again,,
juniors already came and we, the seniors here not really busy managing them,,
the reality is seniors taktahu nak buat apa sebenarnye,,
kesian kat junior2 tu kalau ada apa2 yang kurang,,

new semester's present for myself is a 26 inch tv,,
sighing and glad at one same time,,
dont know how will i survive this semester with all these addictive things,,,
laptop sebijik pun study dah tak tahu pergi mane,,,
ni tambah tv lagi,, haaaiiiiihhhhhh...
usaha3333333!!!

it's april and sakura bloom is coming soon,,,
cant wait for the hanami or sakura viewing here,,
also waitong for anybody to arrange one around here,,, sebab aku tak suka manage any event, sebab aku tak suka bila anything jadi bukan dalam perancangan aku,, okay,, aku selfish..hehee
ask me to do anything, but not arranging any event,, sebab nanti korang sakit telinga nak dengar aku bebel,,,

one thing that keep me worrying is the research lab that i need to go this semester,,
seriously i dont have any idea what kind of research is been conducted there,,
got thesis that need to be read but malaslah nak baca thesis in japanese,,,

lastly may i get through this semester nicely,,
need to mingle with the labmates also,,,
goodluck myself~

wassalam,,

Thursday, March 1, 2012

my way of thinking~

assalamualaikum,,

masa kecik2, budak2, masa tengah belajar lagi aku rasa mostly manusia ni still innocent,,
percaya yang mereka boleh buat benda yang betul, the right thing buat selama-lamanya dalam hidup mereka.
mereka percaya yang dunia ni boleh bersih, negara mereka boleh di perintah dengan kuasa yang tak korup,,
mereka percaya yang mereka tak boleh buat benda salah, sebab nanti ramai orang akan susah,,

aku percaya yang dalam diri setiap manusia ni dari kecik mereka fikir benda yang elok je,,*nakal xtermasuk
apa ingat budak2 saje ke nak maen bola dan sepak bola tu kat tingkap rumah jiran?

tapi bila besar, bila da kerja, fikiran manusia ni mula untuk korup,,
mereka mula mementingkan diri sendiri,,
sebab bila manusia ni makin dewasa, sepatutnya mereka lagi pandai berfikir, sebab akal mereka dah develop kan, tapi, akal mereka develop ke arah lain,,
apa ingat menteri yang korup tu dari sekolah lagi duk fikir nak songlap duit rakyat ke?
memang tak lah,, mana tahu, dulu masa dia sekolah dia fikir nak jadi menteri yang boleh ubah kerajaan ke arah yang lagi elok, tapi bila mula kerja, fikiran mereka mula korup,,

sebab aku terfikir,,
dalam kelas ethics, senang je nak jawab like i will not do anything yang x betul, macam terima rasuah etc.
but, in reality, aku juga terfikir, mampu ke aku nak jadi tak korup?
mampu ke aku nak buat apa yang aku cakap masa dalam kelas tu?
mampu ke aku nak buat kerja yang setimpal dengan gaji aku nanti?
mampu ke aku untuk tak ambil kesempatan untung ponteng ke?
banyak benda yang aku rasa aku tak mampu nak buat..

sekarang aku boleh la cakap macam ni,
sebab tak start kerja apa semua..
risau dengan masa depan.

fitrah manusia ialah suci,,
tapi selalunya manusia ni tersesat masa nak cari jalan untuk kembali kepada fitrah,,
sebab tu macam2 jadi sekarang,,

so, dont be lost  in your way to back to fitrah..
i believe there's still a good thing, even a slightest bit in every people's heart
i do believe that 1 day the best will win,,
yang baik itu pasti akan menang satu hari nanti,,

last but not least, tidak lengkap iman seseorang itu selagi dia tidak diuji..

wassalam.



Sunday, February 26, 2012

optimistic~

assalamualaikum,

how would you react if you know that you have a sickness that unlikely people will have?
like 2 from 100 people only will have that disease..
but, not a fatal disease,, it's just a rare one,,

shock enough,
and a bit lonely i guess,,

so, sekarang ni dunia tanpa sempadan kan,,
gunakanlah kemudahan untuk kebaikan diri sendiri~

wassalam,

p/s: random enough,,thought of writing a long one but maybe next time~

Friday, February 24, 2012

punctual

assalamualaikum,,

ada orang suka tak bila dia janji dengan seseorang lepas tu orang tu datang lewat?
dan semestinya orang akan gembira bila orang tu datang tepat pada masa, kan?

manusia ni sama je semua,,
contohnya kan, seorang pelajar, mesti dia akan tepati masa bila nak masuk kelas,
sama juga bila orang nak pergi interview kerja, ataupun kalau ada mesyuarat dengan klien,,,
semua orang kalau boleh nak datang tepat pada masa,
kalau tak pun akan datang awal bila orang yang dah dibuat janji tu adalah orang penting,,

tapi kan, kita sedar tak yang kita ada janji dengan Dia yang lebih penting dari semua orang yang ada atas muka bumi ni 5 kali sehari?
tapi, berapa kali sangat kita tepati masa dengan Dia?



wassalam~

p/s: aku sendiri selalu lalai~


Thursday, February 16, 2012

decide the undecided~

assalamualaikum,,

since yesterday's evening i got this unsettling feeling, my mind full of things that i dont know what am i thinking about,,,
i cant concentrate, sampai kan masa solat pon aku distracted gile2, bkn berangan tapi macam ada something yang tengah maen2 dalam fikiran aku,,,
and then aku tengok cerita pon, yes aku gelak bile part lawak but after that that unsettling feeling datang balik,,
kejap je part lawak tu boleh tarik aku dari perasaan tu,,,

sampai la ke subuh aku tak tidur,,
mata tengok cerita, mulut gelak, but sometime fikiran aku tak tenang, perasaan kosong,,
so, after subuh tu mengadu dekat Dia, nangis2 kejap, and then i made a decision,,,
i need to get out from this house, i need to clear up my mind,,
so, there are 3 choices, osaka, korea or malaysia,,
since melancong memerlukan banyak duit, i choose malaysia, my home country,,

so, insyaAllah kalau ada rezeki, ada umur lagi, i'll be home(read malaysia) in march,,
and not yet telling my parents about this,,
and the ticket is not yet been bought since air asia sangat lah busy dengan promotion2 sampai jam gile2...
so, pray for the best, mintak2 tiket tu sempat dibeli dengan harga yg murah,,

but still the unsettling feeling is lingering around,,
dont know why and my mind still confused with things that i dont know how they get in my head,,,
really want to melancong tapi bajet tight la,,,

and sorry to those at malaysia,
because kalau aku balik mac nanti takde souvenir tggu korang,,,
sebab aku decide mendadak je nak balik ni and tak sempat bajet nak beli souvenir banyak,,
setakat jajan and coklat boleh la kot,,

insyaAllah segala berjalan lancar,,

wassalam,,

Saturday, February 11, 2012

update cerita~

assalamualaikum,,
update ekspress kali ni,,
just nak tulis yang adek 2nd last aku tak jadi operate hari tu sebab ye demam,,
so, operation tunda bulan 5,,
the next day yg suppose to operate tu my last sister saket2 perut,, tak tahu ape tak kena,,
siap bawak pergi klinik lagi,,,

may everything and everybody be safe,,
Ya Allah, kau lindungilah keluarga aku dari sebarang bencana,
Kau rahmatilah hidup kami, Kau berkatilah hidup kami Ya Allah,,
amin ya rabbal alamin,,

wassalam~

Thursday, February 2, 2012

little girls

mode: missing my little sisters' celoteh,,,
missing their eagerness to talk to me biarpon kene ulang 2,3 kali sampai fed up sebab aku tak paham,,
hari tu mase kol masing2 tak nak cakap,,,
yang kecik takde mood nak cakap, kalau tak laju je rebut telefon,,
yang besar sikit tgh demam mungkin sebab risau nak kene operate,,
tak ramai tahu, but my second last sister dijadualkan untuk operation jantung 30hb januari lepas,,
aku pon tak sure dah operate ke belum since aku tak kol rumah lagi drp 29 hb tu,,,
my little sis mesti risau nak kene operate sebab tu sampai demam muntah2,,,
emosi dia mesti tak stabil sebab aku tahu mesti adik2 aku yang nakal tu suka provok ye dgn operation tu,,
budak2 nakal, cam tu la,,,
kalau ada apa2 operation mesti laju je nak nyakat,,,
mesti emosi my lil sis terganggu,,,
tapi takpe, kakak tahu adik kuat kan,, macam kakak,,,
insyaAllah adik mesti elok2 je,,

dari lahir dulu2 lagi memang adik aku yang sorang ni ada asma,,,
dari baby lagi dah kerap ulang alik pergi hospital check-up, ambil ubat semua,,,
2,3 tahun lepas doktor baru start bagi inhaler,,
ada 2 jenis kot yang adik aku kena inhale tiap2 hari,,
bila dah besar sikit nampak okay, takde lah selalu sangat lelah,,,
tapi adik aku yang tu kurus lah,,,
taktahu la sbb asma ke memang family aku ni kalau time budak2 kurus keding je sorang2,,,
n then awal tahun ni pg check up, doc ckp dkt jantung dia ada lubang kecik,,
so, kene operate utk ttup lubang tu,,,dlm bahasa senang nye la kan,,

yang aku pernah belajar, jantung berlubang ni, bukan jantung tu berlubang tembus dari depan ke belakang,,
jantung ada 4 compartment kan, right and left atrium, right and left ventricle,,
yang diistilahkan dengan berlubang tu ialah from left/ right atrium to left/right ventricle suppose to darah mengalir melalui valve but ada berlaku kebocoran mana2 so, darah tak 100% boleh dipam ke seluruh badan,,
menyebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke sel2 tubuh, so, jadi la asma one of the effect..

aku surely lah risau,, sebab operate jantung tu,,,,
biarpon lubang tu kecik ke besar ke, still jantung yang di operate,,
tapi aku risau macam mana pon, bukan nya aku boleh tolong pon,,
so, instead of aku risau tak bertempat, menangis2, lepas tu homesick tapi tak boleh balik,, baik aku berdoa je kat Allah supaya segalanya berjalan lancar,,
kalau takdir Allah tulis operation tu berjaya maka berjayalah operation tu, kalau sebaliknya sekalipun, siapa aku nak lawan takdir Allah,,,
lagipun kalau lah betul dah sampai ajal dia, alhamdulillah sebab die kanak2 lagi,, direct masuk syurga,,,,
so, aku yang duk jauh ni, boleh doa n tawakkal je la,,
bukan nye aku doktor yang nk kene operate kan pon,, memang takde benda laen dah aku boleh buat,,,

insyaAllah segala berjalan lancar,, nanti i can hear her voice again,,,

dah dekat setahun aku tak tengok rupa family aku,,,
kalau orang tanya aku rindu ke tak,, memanglah aku rindu,,
tapi tak payah nak tunjuk sangat lah, sebab, takde apa jadi pon kalau tunjuk sangat,,
memang takde la orang nak tlg bayarkan tiket flight balik malaysia,,,hehehe
so, as long as i know that my family is still in my heart, that's enough,,
at least aku rasa yang aku ingat kat family aku,,
kalau dah tak rasa tu, taktahu r nak ckap hati keras ke apa,,,


deep inside the memories

assalamualaikum,,

long time no writing ye cik blog,,,
sorry sebab taktaw nak tulis ape before ni,,:))

this time aku nak korek memori2 aku dengan mak aku pulak,,
dulu ake pernah cakap yang aku tak ada lah rapat gile kamceng segala dengan family aku,,
n then aku tahu mak bapak aku ada anak 9 orang, so kalau nak adil n saksama tu rasanya memang jarang lah,,
as aku antara anak yang awal2, memang kena banyak mengalah la,,

memori yang aku still ingat start dari waktu aku tadika,,
pagi2 mak aku hantar pergi tadika,,
tak jauh pun jarak rumah aku dengan tadika tu,, 1 km je kot,,
rasanya selalu je aku jadi orang terakhir yang masuk tadika tu sebelum cikgu start mengajar,,
n cikgu tadika tu sampai sekarang still mengajar dekat tadika yang sama,
dan kitorang adek beradek 9 orang sume pernah pergi tadika yang sama,,
kakak aku setahun, aku 2 tahun, n then adek2 aku setahun je kot, lepas tu sume masuk pra dekat sekolah rendah termasuk kakak aku,, aku je yang tak pernah masuk pra sekolah,,,
pagi2 before pergi lepas siap pakai uniform merah kotak2 tu mak aku akan ikat tocang rambut aku, lepas tu baru pergi tadika,,

masuk darjah satu, aku lupa mak or ayah aku yang datang daftar,, n then aku lupa jugak macam mane aku pergi sekolah hari2,,
naik basikal kot,, dengan kakak aku,,,
tapi yang aku ingat masa sekolah rendah, before pergi sekolah, masa dah naik basikal ni, mak aku mesti cakap
''bismillahitawakkaltualallah.....'' n then kitorang adek beradek akan sambung ''walahaulawalaquwwataillabillah...''
everyday, without a miss, mak akan cakap macam tu,,, sampai satu tahap bila kitorang da hafal da doa tu, tapi still mak akan baca juga as starting,,,, n then baru kitorang kayuh basikal pergi sekolah,,
dulu time sekolah rendah selalu bawak bekal pergi sekolah,,
n then pagi2 time nak mandi tu mak tanye, hari nak bawak telur ap?( read: telur masak apa)
lepas tu masing2 sebut lah nak telur cincang ke, telur mata kerbau ke, apa2 la,,
since kami ni budak2 lagi, takde la nak mintak telur bistik ke apa,,
selalunya kitorang bawak bekal nasi, telur goreng n kicap je kot,,
simple je,,,
pastu bekal air mesti air teh,,,
aku dulu air teh tu kan, aku suka goncang2 bagi ye berbuih n then minum,,,
taktaw ape yang kimochi sangat bile minum air teh berbuih masa tuh,,,
yang jadi penyebab nya, kan masa naik basikal otw pergi sekolah tu, kayuh2 basikal mesti bergegar-gegar kan, n then bile sampai sekolah aku tgk air teh tu da berbuih,, nampak macam seronok, so, aku goncang lah sampai berbuih banyak n then minum,,, lawak pulak kalau ingat balik,,

aku ingat lagi jugak, pagi2 before sarapan tu kena mengaji dulu,,,
siap mandi, pakai baju sekolah, solat subuh, mengaji baru makan,,
mak aku tgh2 masak tu ajar mengaji,,, kitorang kena la buka muqaddam biar pon mak tengah hadap kuali atas dapur,,,
lepas tu baru sarapan,, n then pergi sekolah,,

selalu lepas mak solat maghrib kitorang akan berebut nak salam dengan mak,, lepas tu mak akan usap kepala sorang2 and sebut ''biar jadi anak yang soleh.....''
waktu tu budak2 mana paham kan,,, sekarang bila ingat balik, sayu rasa,,,,

masa kecik2 mesti la mak suap makan nasi kan,,,
aku pon sama, aku suka makan nasi bila mak aku suap,suap pakai tangan taw bukan sudu,, rasa nasi tu lain, rasa sedap sangat,,,
selalu mak aku suap bukan sorang,, beza umur kitorang 2,3 tahun je,,
time mak aku makan nasi, datang la lepas sorang sorang minta mak suap,,
biarpon before mak aku makan tu mak tanya je sape nak makan nasi tapi takde orang menyahut pun,,
masa mak makan tu la sume datang ngendeng2 mintak suap lepas tu lari2 pergi main, lepas tu datang balik minta suap,,,
sampai aku naik sekolah rendah pon aku still makan mak aku suap,, kadang2 la,,,
kadang2 bila tengok mak aku makan nasi, terliur pas tu malas nak pergi dapur amik sendiri, mintak suap la,,,
last time aku makan mak aku suap masa aku sekolah menengah,, tak ingat tingkatan berapa, tapi yang aku ingat masa tu aku balik cuti la,, form 3 form 4 kot,,, still rasa sedap biarpon rasa kekok gak sebenarnya,,

masa sekolah menengah time nak exam mesti kol rumah,,
time tu pesan mak tiap2 kali kol mesti,,selawat banyak2, baca surah alam nasyrah, solat hajat,,,
kalo tiap2 hari aku kol pon mesti mak cakap benda sama,, every year sampai sekarang,,,
alhamdulillah, aku ikut cakap mak, setakat ni aku tak pernah blank masa jawab exam,, kalau taktahu tu memang sah2 aku tak pernah study or aku study main2 je pasal tu,,,
surah alam nasyrah tu utk lapangkan hati,,, nasyrah tu maksud die lapang kan,,,
selawat banyak2 supaya tak blank dan hati tenang,,,
tapi lastly semua tu kehendak Allah jua,, kita usaha setakat mana kita mampu, kita tawakkal juga masa usaha tu, insyaAllah dengan izin Allah semua boleh berjalan lancar,,
result tu terpulang lah, yang mana Allah rasa elok untuk kita yang tu lah yang Dia bagi,,

memori yang special dengan mak pun tak banyak,,
family kitorang mana ada buat keluar shopping 1 family ke family day ke, spend masa sama2 ke,,
no, takde perkara seumpama itu,,
ayah aku selalu busy,, dan kadang2 mak aku pun busy gak, biarpun fulltime housewife,, kadang2 mak aku pergi tolong ayah aku kat sawah, kadang2 mak tolong jual hasil sayur pakcik makcik sebelah rumah, kadang2 mak tolong isi gula2 dalam peket kecik2 utk peniaga2,, macam2 kerja jugak mak aku pernah buat,,

dulu masa kitorang bela itik, banyak, ratus2 ekor, pagi2 mak aku pergi kutip telur itik, lepas tu kena basuh n then kene ayak abu untuk buat telur masin, lepas tu kena buat telur masin la,,, berbesen2 kot mak buat,, selalu time adek2 sume dah tido, mak pergi dapur buat telur masin,, kadang2 kalau aku rajin, pergi jugak tolong,,
cara2 nak buat telur masin tu, before tu kena ada paste untuk balut telur tu la kan, kalau dulu mak aku gaul je abu dengan garam kasar dengan air,,, garam kasar tu kene tumbuk dulu,,,
1) ambil telur yang dah kering, balut dengan paste abu tu
2) n then tanak bagi melekat golek2 la telur yang da dibalut tu dalam abu kering,, lepas tu baru susun dalam besen,,
selalunya mak bagi buat, takde dalam nombor kat atas tu,
mak suruh letak telur yang da kering tu dalam besen paste abu tu je,,
sebab takut anak2 dia ni loqlaq, tanak bagi telur pecah sia2,,
yang tak tahan, kat dapur tu banyak nyamuk, biarpon dah pasang ubat nyamuk,, tu yang kalau tolong pon mesti kejap je sebab tak tahan ngan nyamuk,,,
kadang2 tengah mak buat telur masin tu mak panggil suruh pukul nyamuk kat mana2,,,

habis musim bela itik,, sebab bile musim hujam itik cepat sakit,, last2 skali sume itik tu dijual dan banyak yang mati,,
belakang rumah kitorang ada pokok kekabu,, banyak,,,,, berpokok-pokok la banyak nya,,
sampai musim kekabu, sibuk mak mintak ayah kaitkan kekabu tu pulak,,
petang2 busy dok usung dengan kereta tolak, punggah bawak masuk rumah,,,
dari petang sampai malam kerja mak perisi kekabu tu,,,
kadang2 datang jiran borak2, tolong buatkan sama,,,
kadang2 kitorang tolong ketuk2 untuk buka buah kekabu tu,,,
sebab kalau kitorang perisi mesti still ada biji2 kekabu tu yang tertinggal,,,
lepas dah siap 1 guni, kene jemur,, bagi kekabu tu kering,,,
baru sedap nak buat tidur,,,
nak siapkan 1 guni tu buka boleh sehari,, berhari2,,,
mak ambil upah buat bantal jugak,, toto pon ada jugak,,
kadang2 bila orang datang tanya boleh buat bantal lagi ke tak, kadang2 bukan mak taknak buat tapi mak tahu memang tak sempat nak buat, so terpaksa tolak,,,
yang aku ingat dulu harga kekabu tu 1 kg rm10,,
dulu rasa mahal,, tapi bila ingat balik macam mana nak dapat 1kg kekabu tu, rasa macam tak berbaloi,,,
bayangkan kalau sebiji kekabu tu dapat dalam 2 genggam kekabu basah yang aku anggar dalam 50g, tu masa kekabu muda, basah lagi, bayangkan kalau 2 genggam tu kering berapa gram sangat berat ye,, 5g pon tak sampai,,,
so, kiralah nak dapat 1kg kekabu tu dekat beratus biji kekabu kot,,
aku yang buat 2,3 ketul pon jari rasa lain dah,,,
memang terbersin-bersin la mak buat kekabu tu,,
yang seronok nye, dekat rumah kitorang semua pakai bantal kekabu,,
takde pon bantal beli kat kedai,,,semua mak buat,,,
kitorang semua ada bantak feveret masing2,, asal nak tidor je mesti cari bantal sendiri,,,

habis musim kekabu,, ada 1 tahun tu entah macam mana boleh mak aku rajin nak menanam,,
petang2 dah pergi cangkul tanah buat batas,, lepas tu tanam jagung, lada, sayur2 la,,
lepas tu petang2 pergi siram tanam2an tu,,
tapi takpe sebab adek lelaki ak yang sulung tu rajin berkebun,,,
depan rumah tu rajin je die pergi buat batas tanam macam2 la,,,
die rajin nak tanam die rajin nak jaga nak siram takpe la,,,bila dah masak, mak aku tolong pergi jual,,
yang bagusnya mak aku ni, duit hasil jualan tu mak bagi dekat adek2, sape yang jaga, yang siram,, siap dah cop dah pokok sape tanam kat mana,,,
kadang2 duit tu mak buat beli buat limau, makan ramai2,,,,
biarpon nak beli benih dulu pon pakai duit mak jugak,,,

masa awal2 beli peti sejuk dulu, mak buat aiskrim,, niat di hati nak jual tapi bila yang kitorang anak2 dia ni yang makan banyak, memang untung tak kemana la,,
masa aku kecik dulu aku tak kenal peti sejuk camne, mesin basuh camne,,,,
telefon rumah ayah pasang masa aku form1
peti ais ayah beli masa aku form 2 kot( tapi masa aku sekolah menengah la)
mesin basuh ayah beli masa form 3 or form 4
katil 2 tingkat dalam bilik aku ayah beli masa aku darjah 5 kot
kipas stand masa darjah 5 kot,, 1 batch ngan katil kalo tak silap,,

so, boleh bayang la macam mana susah hidup kitorang,,
tapi yang aku yakin, kitorang adik beradik tak pernah berlapar walaupun setengah hari,,
sampai sekarang aku still rasa amazed macam mana parents aku boleh manage sampai macam tu,,
sedangkan ayah aku bukan dapat gaji bulan2,,
padi masak sekali setahun je, time padi masak je ayah aku dapat duit,,,
seriously aku rasa bangga sangat dengan mak ayah aku,,
sampai sekarang aku tak tahu macam mana ayah aku boleh tanggung kitorang adek-beradek hari2,,,
betullah, rezeki Allah,, siapa kita nak persoalkan,,

aku kategorikan family aku as miskin la dari segi harta,,
mana mampu nak pergi jalan2 makan angin,,
sebab tu kalau ada lawatan kat sekolah dulu2, mak ayah aku bagi pergi sebab mak ayah tahu, mereka takkan mampu nak bawak kitorang jalan2 makan angin,,,
before kahwin dulu memang ayah aku banyak merantau, negeri mana je die tak sampai,,, sabah sarawak je la kot,, yang semenanjung ni aku rasa ayah aku dah pernah pergi dah kot,,
sebab tu kalau cakap kat mane2 pon ayah tahu,,,

kalau nak banding family aku dengan family kawan2 aku masa sekolah menengah, masa kat JAD, memang takdelah yang macam family aku,,,
yup, aku datang from kampung, from a poor family,so, awal2 masa pergi uniten, masuk JAD banyak benda yang aku jakun kot,,
and then sebab kejakunan aku tu lah, aku nyaris tersesat dalam hidup ni,,,
macam2 benda aku rasa nak cuba sampai aku terlupa diri aku,,, sampai aku ikut nafsu, bukan ikut akal,,,
banyak benda jadi,, banyak benda aku lalui, banyak orang aku jumpa,,,
but lastly aku kena sedar aku datang dari mana, apa harapan mak ayah aku,,,,
aku pernah lupa semua tu gara2 terlalu ikut nafsu,,, gara2 culture shock,,,
aku lost dalam dunia aku,,,
the period of jahiliyah,, zaman2 aku jahil,,,sebab bila aku jauh dari family aku, takde sape yang nak kawal aku, jaga aku, aku lost,, aku hilang kawalan atas diri aku sendiri,, sekarang bila aku fikir, baru aku tahu betapa jahil nya aku waktu2 tu,,, betapa dangkal nya ilmu yang aku ada,,,

so, now and for the future i hope i wont kembali kepada zaman jahiliyah tu semula,,
dan aku berdoa agar diri aku lebih baik dari hari ke hari,,,
aku harap aku tak kecewakan mak ayah aku lagi,, amiin,,


p/s:: i miss when my family call me 'ya',, i feel like i'm still my parents little girl, tak terbeban, takde tanggungjawab,,,

Monday, January 16, 2012

kosong~

empty
blank
no feeling
no thinking
no hope
nothing


Monday, January 9, 2012

the art of life~

sesungguhnya bicaraku bukanlah bicara berhemah
oleh itu, lebih elok bagi aku untuk berdiam diri

aku suka perhatikan orang,
perhatikan keadaan sekeliling,
kadang2 aku nak sangat cakap sesuatu tapi keadaan tak mengizinkan
dan ada hikmah nya aku tak melontarkan kata2 tersebut,

ada masanya saat ada dua pihak yang tak serasi bersama,
aku ingin jadi pendamai,
tapi aku bimbang aku akan menambahkan kerosakan
aku hanya buat perkara yang aku rasa perlu sahaja
sesungguhnya aku lemah

aku cuba bersihkan hati ini dari sebarang noda,
dari sebarang hasad, dendam, takbur
tapi adakala aku tewas dengan nafsu sendiri
aku tewas bila aku rasa aku lebih baik dari orang lain
aku tewas bila aku cemburu dengan kelebihan orang lain
sesungguhnya iman ku lebih tipis dari kulit bawang

sesungguhnya hidup dengan hati yang bersih
hidup tanpa perlu berdendam
hidup tanpa prejudis
sesungguhnya hidup itu lebih tenang, lebih aman,
mampukah aku untuk mengecapi hidup itu?



Sunday, January 1, 2012

first january two thousand twelve

assalamua'laikum

first entry for 2012,,
moga tahun ni memberi lebih makna kepada hidup aku, diri aku
moga tahun ni aku boleh jadi lebih baik dari tahun lepas,,
moga esok, aku akan jadi better from today,
tu je harapan aku sekarang,
harapan sekarang and harapan aku masa akan datang
moga diri ini istiqamah sentiasa,


hoping for a change
and i hope there is someone who can guide me
and i need to find that someone la,,
nak sesuatu kenalah usaha sendiri di samping berdoa kepada Allah
and then baru tawakkal kepada Allah,

what was done is done
u just can move forward
and remember what u had done


ya Allah ya tuhanku
yang maha pemurah lagi maha mengasihani
sesungguhnya kepadaMu aku berserah kepadaMu aku meminta perlindungan
Kau tetapkanlah hidayahMu dalam hati ku
Kau berilah aku petunjuk ke arah kebenaran
jika ada aku tersasar, maka Kau berilah petunjuk kepadaku
sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah dan tidak berkemampuan
amin ya rabbal a'lamin

moga hari esok lebih baik untuk ku, untuk agamaMu

wassalam